Sabtu, 30 Januari 2010

CATATAN PENTING 2010 SBLM BLOG KU LAHIR

AHAD, 24 JAN 2010
1. Hari ini ku lahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana secara lisannya permohonanku untuk jadi GURU CEMERLANG dah lulus seperti mana kata En Rosli, ketua jemaah nazir Kedah. Tapi agak sedih sebab rakan-rakan yang lain tak dapat.

RABU, 13 JAN 2010
1. Hari ni aku ada mesyuarat PLBS dengan Ketua Sektor Penilaian & Peperiksaan. Turut terlibat semua Ketua Pentaksir Negeri bagi semua mata pelajaran termasuk sekolah rendah. Bos aku En Sanapi pun turut hadir.

KHAMIS-SABTU, 7-9 JAN 2010
1. 3 hari ni aku terlibat dengan mesyuarat penyelarasan tempatan kedua SPM Pendidikan Islam. Hari pertama cross check, kedua claim & ketiga siapkan laporan. Inilah pengalaman pertama aku menjadi pemeriksa SPM. Seronok sebab mudah dan santai saja markingnya. Dapat juga tambah kawan2 baru iaitu Us Nasir, Us Amin, Us Nazman, Us ......, Ust Saniah, Hawa, Hamaliah, Roziah & rakan semakta aku, Kak Na. Kesimpulannya kerja tak teruk & claim tinggi...Alhamdulillah.

GOTONG ROYONG PERDANA 3

JUMAAT, 30 JAN 2010
1. Hari ini di atas nama kesepakatan penduduk Taman Lembah Bujang Indah gotong royong kali ke 3 dapat dilaksanakan di lokasi tapak dewan bersebelahan surau al-Iman.

2. Gotong royong bermula jam 8.30 pg dan berakhir lebih kurang jam 10.30 pg. Turut hadir PakDin, Abg Din, Pak Su, Ilyas, Mat, Chop, Abg Et, Man, Pak Long, Azahari & seorang lagi aku tak kenal nama. Makanan hari ni ialah roti canai sumbangan persatuan pendudul TLBI.

3. Aktiviti hari ni ialah membakar pokok-pokok yang telah ditebang 2 minggu lalu & mencucui parit yang tersumbat.

Jumaat, 29 Januari 2010

TUISYEN PIBG SMKAY


JUMAAT, 29 JAN 2010

1. Hari ini tuisyen PIBG berjalan seperti biasa. Pagi2 lagi cg Halifah dah call aku sebab aku tak balas sms dia semalam tentang adanya tuisyen hari ini.

2. Aku mengajar tg 5 Fatonah & 5 Hasanah tajuk الأسلوب الإنشائي. Alhamdulillah anak-anak didik aku faham apa yang ku ajar. Alhamdulillah

PERSATUAN PENDUDUK TMN LEMBAH BUJANG INDAH


KHAMIS, 28 JAN 2010
1. Alhamdulillah hari ini ada lagi satu peristiwa bersejarah di taman aku iaitu tertubuh dengan rasminya PERSATUAN PENDUDUK TAMAN LEMBAH BUJANG INDAH. Dengan adanya persatuan ini diharapkan dapat memudahkan para penduduk untuk mewujudkan kerjasama dalam menyelesaikan sebarang masalah penduduk.

2. Perjumpaan semalam berlaku di surau al-Iman, surau tempat kami berjemaah sejak 3 Disember 2009 yang lalu bermula jam 9 malam. Sambutannya amat menggalakkan khususnya daripada para pemastautin taman ini. Semoga persatuan ini akan berkekalan hayatnya dan sekalung tahniah buat pengerusinya Pak Long Razi serta AJK2nya.

Khamis, 28 Januari 2010

KURSUS SP & HSP KEPADA GURU-GURU SAR



KHAMIS, 28 JAN 2010
1. Hari ini aku menerima undangan menyampaikan taklimat dalam KURSUS PENDEDAHAN SP & HSP serta PLBS PMR kepada guru-guru SAR yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Kedah dengan kerjasama JPN Kedah. Bos aku Us. Khairul Anuar turut hadir walaupun sebentar kerana terpaksa berkejaran ke SMK Dato' Syed Omar kerana urusan rasminya. Juga pegawai-pegawai dari JAIK iaitu Us Shamsudin dan En Ismail.

2. Turut menyampaikan taklimat ialah sahabatku Us. Nik Imran & Ust. Fudhla Suria dari SMKA Kedah. Slot pertama diisi oleh Us Nik Imran iaitu SP (9.00 pg-10.00 pg). Slot kedua aku sendiri yang sampaikan iaitu HSP (10.45 pg-12.30 tgh). Ust Fudhla pula mengisi slot ketiga iaitu ULBS (2.00 ptg-4.00 ptg).

3.Aku berasa teruja kerana dapat bertemu rakan-rakan baru dari SAR. Hanya Us Azli dari SM al-Islah yang aku kenal. Sepanjang berkomunikasi dengan mereka di dalam ceramah, ku dapati mereka banyak ketinggalan maklumat tentang Bahasa Arab. Banyak juga sahabat-sahabat yang datang sedut bahan Tahbib Lughah & Explorace daripadaku. Seronok dapat bantu kawan-kawan.

4.Hari ini juga aku dapat banyak ilmu daripada Us. Azli yang membantuku membina blok ini. Dia memang seorang yang hebat dalam dunia komputer. Dlm 10 minit siap blok ini. TQ Us Azli.

TERBINANYA BLOG IKRAMUNA

Alhamdulillah blok ini siap dibina pada 28 Jan 2010 di SP Inn dengan Us. Azli