Ahad, 28 Februari 2010

FACEBOOK PRO & KONTRA

MAJLIS Ulama Indonesia pernah mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya tidak wajar.

Kritikan itu kerana Facebook kini menjadi medium penting di Indonesia, bahkan di seluruh dunia untuk orang ramai berkomunikasi di dunia maya. Sehingga rakan-rakan yang puluhan terpisah, dapat ditemui semula hanya melalui Facebook.


Selain menghubungkan silaturahim, Facebook juga menjadi alat komunikasi secara percuma tanpa mengira, jarak atau batas sempadan negara.

Namun perkembangan yang begitu cepat menyebabkan banyak pihak belum bersedia dengan kesan buruk yang muncul bersama teknologi terkini itu.

Facebook ibarat pisau yang mempunyai dua mata, selain memberi kemudahan, ia juga mempunyai keburukan jika tidak dapat dikawal, khususnya bagi golongan remaja dan murid-murid sekolah yang masih mentah serta dangkal fikirannya.

Memiliki akaun Facebook bagaikan suatu yang wajib di Indonesia dan sesiapa tidak mempunyai akaun Facebook dia akan dianggap telah ketinggalan zaman.

Di negara republik itu juga para pengendali telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan pakej langganan dan telefon bimbit yang mempunyai kemampuan mengakses Facebook pada kadar yang cukup murah.

Kebanjiran telefon bimbit dari negara China dengan ciri-ciri akses Facebook menyebabkan kanak-kanak yang masih berada di sekolah rendah telah mampu memiliki telefon bimbit sedemikian.

Dengan berjimat duit belanja sekolah untuk beberapa bulan mereka telah dapat membeli sebuah telefon bimbit sedemikian.

Selain itu mereka juga dapat mengakses Facebook di kafe siber yang berselerak di seluruh Indonesia, khususnya di kota-kota utama.

Kini Facebook menjadi masalah baru kepada ibu bapa yang tidak mengikuti perkembangan teknologi itu. Anak-anak yang masih berada di bangku sekolah rendah menjadikan Facebook untuk berkenalan dengan teman yang baru.

Baru-baru ini seorang murid perempuan sekolah rendah di Jakarta hilang dari rumah kerana mengikut teman lelaki yang dikenali melalui Facebook.

Bagaimanapun selepas dua hari hilang, murid perempuan itu ditemui oleh orang ramai dan diserahkan kepada ibu bapanya setelah kisah kehilangan murid berkenaan dihebahkan oleh sebuah stesen televisyen.

Teman lelakinya baru berusia belasan tahun, ditangkap polis, namun akhirnya dia dibebaskan kerana ibu bapa gadis berkenaan menarik kembali laporan polis, setelah mendapati anaknya selamat dan tidak diapa-apakan.

Sebelum itu seorang gadis berusia 14 tahun diculik oleh teman lelaki yang baru dikenali melalui Facebook. Setelah berjaya dikesan polis, gadis itu diselamatkan dan teman lelakinya telah diberkas dan kini didakwa di mahkamah kerana menculik.

Empat orang pelajar sebuah sekolah menengah pula dibuang sekolah kerana menulis kata-kata kesat dan mengugut guru wanita mereka di dalam Facebook.

Sebelum itu seorang lelaki berdepan dengan hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah kerana menghina rakannya di dalam Facebook.

Setiausaha Agung Suruhanjaya Nasional Perlindungan Anak Indonesia, Arist Merdeka Sirait berkata, fenomena baru itu harus diawasi oleh ibu bapa kerana ia memberi kesan yang negatif kepada anak-anak jika tidak digunakan dengan betul.

Ibu bapa katanya, tidak seharusnya melarang anak-anak daripada memiliki akaun Facebook, sebaliknya mereka perlu sama memiliki akaun berkenaan dan menjadi kawan kepada Facebook anak mereka sebagai langkah pencegahan dan kawalan daripada pengaruh yang tidak baik.

Badan bukan kerajaan itu setakat ini telah menerima 36 aduan berhubung kes anak dan remaja yang menjadi mangsa kepada Facebook sejak Januari hingga Februari tahun ini.

Untuk penculikan anak, kami mencatat ada tujuh kasus yang dilaporkan," kata Arist.

Menurut Arist, laporan tersebut menunjukkan modus operandi perdagangan anak dan mangsa rogol berpunca daripada Facebook.

Namun aspek utama yang harus diberikan perhatian oleh ibu bapa adalah masa meluangkan masa untuk anak-anak.

Kebanyakan anak-anak yang terbabit dengan gejala sosial berpunca daripada sikap ibu bapa yang gagal meluangkan masa untuk anak-anak.

Anak-anak khususnya perempuan memerlukan perhatian, pujian, kasih sayang dan pengiktirafan. Jika itu tidak diperolehi di rumah mereka akan mencarinya di luar. Cara paling mudah adalah dengan mencari kenalan melalui Facebook.

Apabila anak-anak mula mencurah perasaan melalui Facebook dan tidak lagi kepada ibu atau bapanya, ia merupakan petanda bahawa akan timbul masalah.

GENERASI AL al- BAYT DAH BERJAYA

Hari ni aku tengok rancangan Tanyalah Ustaz di TV9. Terkejut juga bila tengok ustaz hari ni. Rasa macam kenal. Rupa2nya PAK LAN (batch Boy). Alhamdulillah hari ni graduan2 al-Bayt khasnya dan Jordan amnya dah banyak yang mencipta nama di Malaysia. Aku turut berbangga. Jamiah Al al-Bayt juga pasti bangga. waktu sebegini terkenang di agin lalu akan Jamiah tempat aku & kawan2 menimba ilmu dulu. Terkenang juga nama2 penting al-Bayt parojemplo: Adnan Bakhit, Umar Shudeifat, Said Zubaidi, Abd Qadir Saadi, Abd Qadir Abu Sharifah, Miss Alicia, Miss Jaben Anjum dll. Mungkin inilah hasil yan kami dapat setelah penat berperang waktu mula2 sampai dulu.

Jumaat, 26 Februari 2010

CERAMAH MAULIDUR RASUL



Semalam surau al-Iman TLBI telahu ceramah agama sempena menganjurkan satu ceramah agama yang disampaikan oleh al-Fadhil ustaz Abd Basir b. Awang, pensyarah UiTM. Ceramah bermula jam 9.30 mlm dan berakhir jam 11 mlm. Disusuli pula selepas itu dengan jamuan bihun sup dan kuih muih.

Sebelum ceramah kami agak gayat juga sebab hujan turun agak lebat selepas maghrib. Alhamdulillah ia berhenti sebelum ceramah bermula. Sejuk rasanya semalam. Mungkin itulah sebahagian daripada rahmat Allah kepada kami kerana menganjurkan majlis ilmu ni.

Rabu, 24 Februari 2010

SALAH SIAPA ?


Jika pelajar masuk ke perpustakaan pada waktu P&P dan bersamanya guru subjek berkenaan lalu pelajar ini tidur seperti gambar di atas, siapakah yang hendak dipersalahkan? Guru @ pelajar?

Beberapa persoalan boleh ditimbulkan di sini antaranya:
- kenapa guru berkenaan tidak mengajar? 2 masa dibuang begitu saja.
- kalau masuk ke perpustakaan, kenapa tak bagi kerja kepada pelajar?
- kenapa guru berkenaan suka bawa pelajar ke perpustakaan? Sejuk? @ .....
- adakah tertunai amanah yang terpikul di bahu kita para guru seandainya situasi di
atas berlaku dan terus berlaku?

Tanyalah iman anda wahai insan yang bergelar guru....

Selasa, 23 Februari 2010

PROGRAM الكلمة العربية



Panitia B.Arab SMKAY mengorak satu langkah lagi dalam usaha memantapkan penguasaan B.Arab di kalangan para pelajar dengan memperkenalkan program di atas yang bermula kelmarin, Isnin 22/2/2010.

Sasaran utama panitia ialah kepada pelajar tingkatan 1. Mereka diwajibkan mencatat pada kertas yang dibekalkan dan meletakkan pada tanda nama yang juga diberi percuma. Sehari hanya 1 perkataan yang perlu ditulis, dibaris dan diletakkan maknanya sekali.

Bagi pelajar lain pula mereka dikehendaki mencatat di dalam buku catatan masing-masing dan akan dipantau oleh guru B.Arab masing-masing.

Program ini dilaksanakan selepas program 5 minit bersama al-quran yang dikendalikan oleh juruacara program al-quran. Program ini mendapat sokongan padu daripada pengetua dan PK 1. هيا نتعلم العربية ....

Sabtu, 20 Februari 2010

GOTONG ROYONG SURAU & KHEMAH TERBALIK

1. Pagi ni diadakan satu lagi aktiviti gotong royong bermula jam 8 pagi untuk membersih kawasan sekitar surau. Ramai yang turut serta dan jamuan pun banyak. Ada roti canai, ketayap, popia goreng, air teh o ais dan barli ais. Gotong royong tamat jam 11 pagi.

2. Lepas zohor tadi ada berita malang apabila khemah kat surau tumbang dipukul angin dan lebih malang kereta Pak Din kena sekali. Alhamdulillah semuanya dah dikemaskan jam 3.30ptg. Terima kasih para jemaah surau.

Khamis, 18 Februari 2010

LIHAT MACAMMANA BAPAK ARAB KAYA-KAYA MAKAN










Gambar ni aku ambil dari email yang dihantar oleh Awi SMAP Labu. Tengoklah sendiri...

3 gambar terakhir tu menunjukkan sisa makana yang tak habis lalu dibuanglah....

Selasa, 16 Februari 2010

JOM STREAMYX.....BYE BROADBAND CELCOM

Satu keputusan terpaksa dibuat iaitu menukar broadband yang telah digelar berukband sekarang ni lantaran teruknya servis celcom. Mulai hari ni aku mula gunakan streamyx siap wireless lagi. Satu saja harapan aku agar line tel ni tak dicuri oleh penyamun2 kabel kat luar sana.

Isnin, 15 Februari 2010

MANDI MANDA DI PANTAI MERDEKA



Keluar saja dari rumah kenduri kami menuju pula ke Pantai Merdeka bawa anak-anak mandi. Orang ramai ya Allah. Shun pun pi juga bawa anak2 dia. Jam 2.30 kami pun bertolak pulang.

KENDURI DI TELUK NIPAH




Selepas cukur kepala anak Yah aku sekeluarga bergerak ke Teluk Nipah untuk menghadiri jemputan kahwin anak Toutur hadir Shun sekeluarga, abah, Kak sekeluarga & Noon. Makan lauk daging kurma + gulai ayam kampung + dan sayur keladi. Kami sampai pukul 12 lebih dan keluar dari rumah kenduri jam 1.00 tgh.

CUKUR KEPALA ANAK CHE YAH


Hari ini lebih kurang jam 9.30 pagi aku mencukur rambut anak Che Yah yang bernama Sadiqah Nafisah. Lebat rambutnya dan terpaksa guna 5 batang pisau cukur. Inilah kepala ketiga yang aku cukur selepas Muna & Ibtisam. Hari ni juga Syah buat kenduri aqiqah anak dia, makan kambing. Kami pi lepas isyak sebab pi kenduri di Teluk Nipah dulu.

Ahad, 14 Februari 2010

KENDURI RUMAH BOS BAHASA ARAB JPN

Hari ini dapat juga aku memenuhi undangan walimah Us Khairul Anuar bos B.Arab sempena perkahwinan adik lelakinya. Aku pergi dengan isteri dan anak-anak. Kami sampai sana lebih kurang jam 12 tgh. Majlis baru start. Tapi aku tak sempat jumpa bos kerana kesibukannya. Cukuplah dapat jumpa ayahandanya & sms kpdnya sahaja. Sedap makan sayur keladi + gulai rebung + daging rebus + gulai talang. Alhamdulillah dapat penuhi undangan sahabat.....

Rabu, 10 Februari 2010

ANAK MENAKAN YANG BARU

SELASA, 9 FEB 2010

1. Hari ni sahlah Che Yah dan Syah bergelar ibu dan ayah. Lepas subuh tadi Yah melahirkan baby girl seberat 3.1 kg di Hospital Sg Petani. Tahniahlah daripada ikramuna sekeluarga. Moga tambah ceria dan bahagia.

Isnin, 8 Februari 2010

ZIARAH AJK SURAU TLBI DI HOSPITAL SP


SABTU, 6 FEB 2010

1. Aku bersama-sama Pak Din , Wan, Bang Et bertolak selepas asar ke Hospital Sg. Petani untuk ziarah Bang Sobri yang sakit hati bengkak dan katanya ada nanah. Dia dah demam lama tapi tak kebah-kebah. Dia pi check kat Hospital Pantai dan depa dapat kesan penyakitnya.

Alhamdulillah nampak dia makin sihat. Turut menziarahinya di sana Pak Long, Kak Nah dan Azhari yang pi sendiri.

Sabtu, 6 Februari 2010

LAUT TERBELAH BAGAI DI ZAMAN NABI MUSA




Gambar ini dihantar oleh Azizi kepada ku.... Ianya berlaku di Sri Lanka. Inilah antara coretan dan lakaran peristiwa akhir zaman. Renung-renungkanlah ...

Jumaat, 5 Februari 2010

PELANCARAN USRAH BADAR 2010


KHAMIS, 4 FEB 2010

1. Malam ini aku menghadiri majlis Pelancaran Usrah BADAR yang telah disempurnakan oleh Us Ismail b. Ahmad jam 9.00 malam di surau an-Najah SMKAY.

2. Turut hadir PK Koko, Us Rosli, Ust Ilham, Ust Najihah, Cg Zuraini. Aku dan Ilham bawa family sekali. Lepas majlis kami dijamu mee sup di dewan makan.