Selasa, 22 Jun 2010

KHIR JOHARI OH KHIR JOHARI

1. Hari ni hari ketiga aku di SMK Khir Johari sebagai penumpang sebelum bahteraku terus belayar ke destinasi seterusnya. Pagi Ahad lalu setibanya aku di SMKKJ aku bertemu dengan PK 1 yang sudah maklum akan status aku di sini. Aku tak diberi jadual waktu, tak perlu menulis buku rekod mengajar dan hanya relief cg yang tak hadir saja. Sekolah ni memang padat dengan pelajar & guru. Tempat duduk aku pun tak dak. Itulah gambaran betapa padatnya sekolah ini yang muridnya lebih 2000 org dan gurunya lebih kurang 150 org. Hari aku juga dapat saksikan gelagat pelajar sekolah harian menghadiri perhimpunan pagi. Suasana yang sungguh berbeza dengan SBPIKP & SMKAY. ketika salah seorang guru berucap tentang pergaduhan sebelum cuti sekolah yang lalu, inilah antara ayat yang kali pertama ku dengar secara rasmi di dalam perhimpunan. Katanya: "Perangai hodoh macam PELAQ lagi". Di hadapan pengetua pula tu. Aku pun dapat rasakan yang cg2 kat sini memang tak larat sabar dengan budak2 kat sini. Itulah namanya pengalaman.

2. Hari kedua kehadiranku diiringi dengan tangisan langit sepanjang hari. Satu kejadian mengejutkan aku apabila seorang budak India jatuh dari atas bumbung ke bawah. Katanya ingin ambil dompet. Bumbung tu hanya abestos yang nipis dan menjadi semakin rapuh apabila kena hujan & panas. Bunyi jatuhnya budak itu bagaikan dentuman guruh di langit. terkejut habis semua orang kat bilik guru. Budak tu cedera tak teruk dan sempat cg2 India cover dia. Rupa2nya hubungan cg2 melayu & bIndia kat sini memang tak ngam. Hanya manis di depan, di belakang pakat lawan kutuk. "kalau budak India, biar pi, padan muka dia". Itulah salah satu ayat yang sempat aku dengar daripada seorang guru. Oh begitu rupanya keadaan di sini.

3. Hari ketiga ku dengar seawal pagi seorang guru disiplin dah mula belasah seorang budak India kerana sisyaki curi jam tangan anaknya. Dia memang kenal jam tu sebab ada tanda calar padanya. Dia dengan us Rozi dok perosah budak tu. Penampar perkara biasa la kat sini. Tapi budak India tu tetap tak mengaku. Ketegar betul. Masyaallah aku sekali menggelengkan kepala dengan situasi2 spt ini yang tak pernah ku jumpa sebelum ini. Sungguh sabar cg2 kat sini.

4. Hari ni juga aku kena relief kelas yang katanya mcm gengster. Mungkin benar juga cakap depa. Cg library pun tak bagi bawa depa masuk kat situ. Katanya tak boleh control. 2 masa aku bersembang dengan depa. Depa boleh ajar aku macam mana nak curi motor, nak buka pad lock dll. Banyak juga ilmu yang ku dapat. Hebat betul SMKKJ. Esok entahlah apa lagi yang akan aku temui.......

5. Sambung lagi hari ke 4. Hari lebih mengejutkan apabila Sir Azman seorang guru disiplin yang dedikasi telah dipukul oleh si bapa kepada pelajar India yang dituduh curi jam kelmarin. Berdarah dahi cg Man. Di balai polis dia pengsan lalu dihantar ke wad kecemasan. Mungkin sebab banyak pendarahan. Kami mengesyaki yang bapa India ni memang dah tarok cincin baguih punya kat jari dia. Kesian inilah harga yang perlu dibayar oleh seorang guru disiplin. Sedih lagi menyedihkan. Nasib baik tak ada pergaduhan kat luar sekolah.

6. Hari ke 5. Pagi ni ada perhimpunan khas. Pengetua berucap. Bukan main punya marah dia hari ni. Semalam dia kata tak boleh tidoq mengenangkan sejarah hitam yang telah melanda SMKKJ dan sepanjang perkhidmatannya. Dia pun warning agar jangan ada masalah disiplin hari ni. Kalau tak dia akan bagi PENAMPAQQQ. Boleh tahan juga sheh ni. Cg Azman pun dah mai sekolah hari ni. Sabar la Man & kuatkan semangat. Minggu depan aku akan pi sekolah sehari saja pada hari Selasa sebab kena keluar. Aman sikit.

7. Hari ke 6. Aku ke sekolah seperti biasa walaupun semangat ku sudah luntur dek angkara birokrasi ke PPD. Namun apa boleh buat sebagai penjawat awam aku terpaksa akur. Hari ni kena relief tg 3. yang syoknya 4 waktu direct. Apa ke punya jadual la sampai berderet cg kena ngajar. Depa kata yang 6 direct pun ada. Kesian cg2 kat sini. Aku juga baca keratan akhbar metro hari jumaat pasai Man kena tumbuk tempohari. Siap ada gambar lagi. Sekolah nampak aman sikit. Kemarin ada juga budak bertumbuk kat padang, cerita cg2 kepadaku. La ni aku buat tak peduli saja. Masuk kelas relief bawa laptop & buat kerja aku. Esok aku ke PKG Sik & lusa ke JPN. Yahooo tak pi sekolah.

Selasa, 15 Jun 2010

CUTI-CUTI MALAYSIA

Cuti sekolah tiba lagi. Rasanya ini cuti sekolah terakhir buatku sebelum aku bertukar kerjaya daripada seorang guru kepada seorang pekerja pejabat. Aku pun ambil kesempatan ini untuk bawa famili makan angin. Duit tak berapa ada juga sebenarnya. Memandangkan lepas ni aku dah tak ada cuti sekolah dah aku gagahi juga. Setakat mana yang ada saja la.

2. Kami mulakan perrcutian pada 9 Jun hari rabu jam 6.30 pagi terus menuju ke Sabak Bernam. Jam 12 kami sampai rumah Wak Dol. Rasanya dah 5 tahun tak jumpa Wak. Dia pun sudah uzur, tak larat berjalan. Wak Bada masih steady lagi. Rumah Wak kembali semak. Dah tak macam kami duduk dulu. Waktu ni teringat balik kat Bakri, Mat Yi, Kamal dan Bong. Wak jamu kami makan burung puyuh goreng. Sedap juga. Dah lama tak makan masakan Jawa.

3. Pukul 2.30 kami keluar dari rumah Wak dan pergi rumag Kak Saniah yang sedang membela ibunya yang lumpuh. Dia macam seadanya. Tetap ceria. Lepas tu kami pi cari Kak Ani yang sedang bekerja di kilang kuih & biskut. kak Ani tetap dengan kerajinannya & tak tahu duduk diam. Lepas tu ke rumah Wak Rom. Mula2 dia tak perasan kami. maklumlah dah lama tak jumpa. Bila dah ingat barulah dia gelak kuat. Kemudian pi pula rumah Lek Jami tapi sayangnya dia tak ada kat rumah.

4. Destinasi seterusnya ialah rumah Pak Sheh kat Sg. Merab, Bangi. Kami bermalam kat sini. anak2 pun suka main kat sini dengan anak2 dia. Rumah pun besar, selesalah. seterusnya kami melawat Putrajaya jam 10. Sampai kat masjid aku pun terus mencari ustaz Manap. Dengan tak disangka2 terjumpa pula dengan ustaz Saleh. bagai pucuk dicita ulam mendatang. Dah hampir 12 tahun tak jumpa. Dia ajak ke rumah dia dan kami maan tengahari kat sana.

5. Perjalan kami diteruskan lagi ke rumah Long di Seremban. Tersesat juga sebelum sampai kat sana. Maklumlah masuk dalam pekan Seremban yang sesak. Mujurlah ada GPS, sampai juga akhirnya. Keesokannya kami terus ke Melaka. Mula2 naik bot pusing sungai Melaka. Lepas tu pi makan dan beli buah tangan buat orang Kedah. Boleh la sorang satu. Kemudian naik kapal portugis, naik beca keliling bandar Melaka. sempatlah naik A Farmosa & last sekali ke Zoo Melaka. Malam baru sampai rumah Long. Melaka best untuk dilawati. kalau 2 hari baru boleh pi semua tempat.

6. Keesokannya kami ke Port Dickson bawa anak2 mandi. Sebelum tu sempat singgah rumah jiran lama Taman Bujang, Shukri & Siti Zainab. Depa pun joint sekali ke pantai PD. Lepas PD kami ke Shah Alam. Silap keluar tol kami terlajak sampai ke bangi & terpaksa patah balik. Mulanya nak ke rumah Cik Mah dulu tut2 samapai rumah Lang naik h.way baru. Kat sana dan la tengok Kak Cik yang baru bersalin anak ketiga. Memandangkan Nain ada waktu tu aku pun suruh dia jadi tourist guide ke rumah Cik Mah. Susah rupanya nak pi jalan Kebun ni. Akhirnya sampai juga rumah Cik.

7. Hari Ahad jam 9 pagi kami pun bergerak pulang ke Kedah ikut juga jalan Sabak Bernam juga. Sempat lagi singgah kat Sg Besar beli kain baju raya siap2. Kami sampai di Bujang jam 5 petang dan terus pi makan kenduri di rumah Et Husin. Itulah catatan pengembaraan kami kali ini.

Khamis, 3 Jun 2010

DARI SMKA YAN KE SMK KHIR JOHARI DAN INGIN KE..........

1. Dah lama benar rasanya tak menulis kat blog ni. Maklumlah kerja banyak. Baru habis marking kertas exam. Esok mula cuti 2 minggu bolehlah rehat sikit. Namun kenduri berlambak2 menanti. Cadang2 tu nak bawa anak2 ke Melaka cuti ni insyaallah.

2. Hari ni aku terima surat arahan bertukar ke SMK Khir Johari sebagai transit sebelum bertugas di PPD Kuala Muda Yan. Nampaknya tugas aku sebagai guru secara rasminya selama 9 tahun 5 bulan bemula tahun 2001 di SMS Tun Syed Sheh Shahabudin. Lepas ni aku menanti pula memo untuk ke PPDKMY. Hari ni juga aku melapor diri SMKKJ yang serabut pada pandangan mataku. Tapi tak apa aku nak dok sat saja. Sabarlah...

3. Lepas ni entahlah ke mana lagi nak ditukarkan. Walau apa pun demi mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga aku tak kisah. Inilah catatan pengembaraanku dari SMSTSSS....SBPIKP....SMKAY....SMKKJ.... insyaallah ke ....PPDKMY selepas ini.

4. Terima kasih SMKAY kerana memberi layanan istimewa kepadaku. Aku selesa bertugas di sana. Ku abadikan di sini segunung penghargaan dan terima kasih kepada pelajar2 yang merupakan peminat setiaku khususnya 5 Fatonah, 4 Amanah, 4 Hasanah, 4 Rahmah, 1 Hasanah & 1 Mawaddah. Kalian tetap dalam ingatan. Muchas Gracias, Bohot Shukriya...Akhir kata KAMU JANGAN NAKAL...