Jumaat, 16 April 2010

SBPIKP OH SBPIKP.....BERPISAH TIADA..

Kelmarin sempena cuti peristiwa sukan sekolah, aku mengambil kesempatan untuk ke Sbpikp lantaran dah ke Naza Anggun, Alor Star. Terubatlah rinduku pada sekolah yang walaupun singkat jodohnya denganku namun terlalu banyak kisah suka & dukaku di sana. Gembira tak terkata dapat jumpa kawan2 lama yang memang sangat sporting. Gembira juga dapat jumpa anak2 didikku espc AJK2 Koop yang telah ku bina kembali selepas ia hampir rebah menyembah bumi suatu ketika dulu. Oh bulan..... oh bintang, dengarlah rintihanku. Walau bagaimana pun aku dah berikan yang terbaik dan termampu untuk sekolah ini. Merekalah yang perlu teruskan perjuangan ini.

Nampak gayanya sekolah ini semakin baik, aman dan terurus dengan pengetua yang baru ini. Moga mereka dapat bekerja dengan penuh dedikasi, berintegriti dan saling bertoleransi dalam usaha menabur budi dan bakti.

Kepada Cg Aisyah & Dalina terima ksih ku ucapkan kerana sudi makan dengan kami sekeluarga kat kedai kepala simpang tu walau pun tak berapa sedap.TQ sekali lagi.

Ust Rokiah berjaya menyambung peninggalan ku dalam BAT dengan baik sekali disamping orang kuat BAT kat sana, Us Suhaimi Ghani.

Anis, Bedah, Kinah pun semua dah kahwin. Ada yang dah beranak pun. Aku tumpang gembira dengan perkembangan positif ini dan ku doakannya berkekalan selamanya.

Koop pula semakin ceria dan segar bugar. Tahniah Ef kerana teruskan kecemerlangan Koop kita. Koop kini tetap meniti di bibir student2 kita yang telah keluar dari SBPIKP. Moga ia terus menjadi sebutan.......... Tapi sayang aku terlupa nak ambik gambar terbaru sbpikp & Koop sebab kalut2... Itulah SBPIKP dan aku berpisah tiada.

4 ulasan:

  1. wah..cikgu anis dh kawin??alhmdulillah..sronoknya..cikgu zarul, bila pulak? :D

    BalasPadam
  2. Cg Zahrul tunggu Husna balik UK. Amacam ada ok ka????

    BalasPadam
  3. apa2pun...klas arab ngan ustaz mmg plg besz ....huhu

    BalasPadam
  4. =) Post yang begitu menyentuh hati.. Terima kasih ustaz, kerana mengajar kami dulu... syukran jaziilan...

    BalasPadam