Selasa, 28 Jun 2011

CATATAN DARI GARDU SRENGSENG SAWAH, JAKARTA SELATAN

Cukup lama tulisan tidak muncul di paparan ini. Tanggal 27 Julai 2011 aku bersama Ustzh Norhayati BPI diamanahkan untuk hadir ke Kursus Bahasa Arab untuk guru2 Asia Tenggara di jakarta Selatan sehingga 10 Julai 2011. Berikut adalah catatan ku sepanjang 2 minggu berada di sini.

26/7/2011:
Aku bertolak dari rumah menaiki bas jam 12 malam dan sampai di kajang jam 5 pg dan berehat di rumah Pak Sheh. Nyaris2 aku tak dapat ke jakarta gara2 tertinggal beg galas ku dalam bas. mujur aku cepat sedar dan sempat tahan bas sewaktu ia berpusing di stesen Kajang untuk ke Melaka.

27/7/2011:
Aku bergerak ke KLIA jam 11.30 pg dan sampai 12.05 tgh di sana. 12.50 check in sbb tiket ada pada usth Norhayati. Boarding jam 1.40 dan sempat solat terlebih dahulu. Flight berlepas jam 2.05 petang dan tiba 3.05 ptg waktu Indonesia (4.05 ptg).

Pertama kali datang ke Indon aku dah diuji apabila kami terperangkap dalam kesesakan jalanraya yang x pernah dialami oleh warga Jakarta akibat memperbaiki jalan rosak. Sepatutnyaperjalan ke Gardu Srenseng Sawah hanya 45 minit terpaksa kami tempuhi selama 5 jam. Oh peritnya...... Sampai di asrama jam 10.30 aku terus tertidur akibat letih yang bersangatan. sebelum tu kami meminta driver turunkan kami untuk mengisi perut seketika. Makan boleh tahan. Cuma agak susah untuk membayar kerana duit Indon ni terlalu banyak angkanya. sekali makan 40K rupiah. Waduh susah bangat pak.... aku diletakkan sebilik dengan pengetua madrasah dari Filipina tapi dia x blh berbahasa Arab. Terpaksalah aku cakap BI dengannya. Peserta kursus pula terdiri dari Indonesia, malaysia, Thailand dan Filipina.

28/7/2011:
Kursus kami bermula jam 8 pg dengan ceramah طرق تدريس المفردات yang disampaikan oleh us Ahmad Ghozi. Sejam ceramah berjalan kami dijemput ke majlis perasmian yang disempurnakan Dr Felisia, orang kuat SEAMEO. Selepas itu us Ahmad Ghozi menyambung ceramahnya hingga pukul 12. kami berhenti rehat, makan dan solat sebelum menyambung kembali pukul 2 ptg-3.40 ptg. Ceramahnya menarik dan peserta juga amat ceria. Ada sedikit kelainan tentang cara pengajaran yang dicadangkan olehnya. nampak lebih mudah dan ringkas. Masalahnya di Mlaysia sukatannya terlalu tinggi dan banyak. Insyaallah aku bercadang untuk menulis sebuah buku yang sangat mudah untuk para pelajar mempelajari B. Arab selepas dapat lebih banyak input di sini.

29/7/2011:
Hari ini kami dihidangkan dengan syarahan Dr Al-Dhaw Abdul Karik dari Sudan yang sudah lapan tahun menetap di sini bersama keluarganya dan bekerja di salah sebuah universiti di Jakarta. Ceramahnya tentang مهارة الاستماع kurang menarik kerana kurang tersusun khususnya dari segi penyediaan bahan ceramah. Ceramahnya tidak menyediakan powerpoint dan hanya menggunakan word biasa sahaja. Namun ada juga beberapa perkara penting yang dapat ku kutip daripadanya.
Selepas slot petang kami mengadakan sesi bertukar-tukar cenderahati. Ada peserta yang membawa makanan, minuman dan juga hadiah kenang-kenangan.
Makan pagi di sini adalah hingan berat seperti tengahari. Tempe merupakan suatu yang wajib untuk setiap hidangan di samping tauhu yang acap kali dihidangkan. Setakat ini tidak ada yang benar-benar sedap, namun masih selera untuk menjamahnya. Kuih-muih di sini memang lain dari Malaysia dan enak bangat. Cuma hari ini ada yang sama iaitu ketayap.

30/6/2011:
Tajuk ceramah hari ini مهارة الكلام yang disampaikan oleh Dr. Muhammad Al-Thayyib dari Sudan. Ceramahnya ok dan lebih baik dari semalam. Dia lebih banyak berbual dan santai sahaja dengan kami. Gelagat Rusman Hajemalee membuatkan kami tak kering gusi jadinya. Ceramah sebelah petang dimulakan agak lewat kerana hujan yang lebat dan kami menanti sehingga kereta datang menjemput kami. Dr mengajar kami membina arahan secara lisan untuk dilaksanakan oleh pelajar seperti “ anda melihat seorang wanita tua yang sedang memegang beg ingin melintas jalan. Bagaimana kita ingin membantunya” Selepas itu pelajar akan bercakap tentang situasi tersebut.
Makan pagi ini nasi goreng dengan telur mata kerbau, timun, tomato dan kentang. Makan tengahari nasi dengan daging masak merah, sayur campur dan ikan tenggiri goreng serta buah salak.

1/7/2011:
Hari ini ceramahnya bertajuk مهارة الكتابة disampaikan oleh Dr Yayan Nurbayan dr Univ Pendidikan Indonesia, Bandung. Dr Yayan low profile juga orangnya. Ceramahnya juga lebih kepada perkongsian idea dengan kami. Persembahan ceramahnya kemas dengan powerpoint. Dia menjemput kami untuk ke Bandung yang memakan masa cuma 2 jam dari sini. insyaallah kalau sempat hr Ahad ni boleh la kami turun ke Bandung.
makan di Indonesia nampaknya cepat borring. lebih kurang sama saja setiap hari. Aku sangat rindukan kari kepala ikan masakan isteriku. Di sini tiada kari. Cuma kuih memang mnenarik di sini.

2/7/2011:
Hari ini ceramah yang disampaikan oleh Dr Nuruddin Ali bertajuk الوسائل التعليمية . kami dihidangkan dengan berbagai teknik pengajaran iaitu mengisi tempat kosong selepas mendengar CD, susun perkataan dan ayat yang tidak tersusun, bermain domino dan menulis kisah bergambar. Pembentangan hari ini memang lain dari yang sebelumnya. Aku dan Zamrani mendapat hadiah kad Domino daripada penceramah kerana mendapat markah 100% ketika mengisi tempat kosong.

Hari ini juga kami dapat ikuti cara kenduri kahwin ala jawa dijalankan di sini. Kami dijemput untuk hadir. Tetapi ternyata lebih teruk dari Malaysia khususnya cara pengantin berpakaian dan juga sebahagian tetamu. Majoriti mereka yang tinggal di bandar memang lemah pegangan agamanya.

Orang Indonesia makan nasi 3 kali sehari, pagi, tengahari dan malam. Pagi ini kami dihidangkan dengan nasi, kentang, daging masak hitam dan sayur kacang panjang yang digoreng bersama tempe. Sekadar untuk mengalas perut sahaja. Makanan di sini tidaklah seenak di Malaysia.

Selepas kelas kami 11 orang keluar ke ITC Mall. Manusia dan barang2 begitu banyak sehingga sesak nafas dibuatnya untuk lalu lalang. Harga di sini ok. Kami Cuma jamu mata saja di sini kerana esok kami akan ke tempat paling best untuk shhopping katanya iaitu Tanah Abang. Sampai saja di Gardu kami singgah di sebuah gerai untuk makan bakso dan mee ayam. Sedap juga bakso di sini.

3/7/2011:
Jam 9.15 pagi kami bergerak ke Tanah Abang bersama van (Angkot) Pak Imam masjid Miftahul Ulum. Bayarannya 30K rupiah ( RM 10.80) seorang. Perjalanan ke Tanah Abang lebih kurang 30 km sahaja tetapi memakan masa 1 jam. Biasalah Jakarta mesti machet (traffic jam). Sepanjang perjalanan kami melalui Makam Pahlawan Indonesia dan Monas (Monumen Indonesia) tetapi tidak singgah kerana ingin segera ke Tanah Abang.

Di sini kami membeli belah sehingga jam 3 petang. Apa yang menarik, Tanah Abang ini terlalu luas dan padat dengan manusia dan barang-barang. Suasananya bagaikan sehari sebelum sambutan hari raya. Ternyata orang Indonesia juga memiliki banyak wang. Shopping complex Tanah Abang ada 14 tingkat semuanya dan kami melalui hampir semua tingkat ini kerana di tingkat 14 terdapat masjid dan kami solat zohor di sana. Amat penat walaupun naik eskulator. Kami makan set nasi ayam bakar 30,000 rupiah di tingkat 8.

Agak malang bagi kami kerana di sini tiada pengurup wang. Aku hanya ada sekitar RM 150 saja wang yang telah ditukar ke rupiah. Aku terpaksa berhutang dengan Delsi & Erfika 240,000 rupiah untuk membeli beberapa helai pakaian. Aku hanya sempat beli baju untukku, anak perempuanku dan 3 pasang telekung. Tak apa selepas ini kami akan turun semula ke ITC kerana kami dapati harganya tidak banyak berbeza. Sampai di SEAMEO pukul 4 lebih dan teramat letih. Letak saja kepala di bantal terus terlelap dan bangun bila azan maghrib dilaungkan dan terus ke masjid.

4/7/2011:
Hari ini kami menyambung kembali pengajian di dalam kelas dengan ceramah yang disampaikan oleh Dr Muhbib Abd Wahab(Indonesia) dari Univ Sharif Hidayatullah, Jakarta yang bertajuk مهارة القراءة . Ceramahnya ok. Bahannya seperti belajar di Jordan dan MPI dahulu. Dr Muhbib lebih banyak membawa satu perkataan yang sama tulisannya tetapi boleh dibaca dengan dengan berbagai bacaan dan berbagai makna sehingga 9 bacaan bagi perkataan tertentu. Bila dilihatnya kami nampak borring, dia akan menayangka gambar2 lucu yang diambil dari internet. Dia juga membuka majlis dengan doa yang dipancarkan di skrin dan meminta kami untuk membacanya. 3 kali doa dibaca iaitu di permulaan, sesi petang dan penutup.
Petang ini kami hanya berehat di bilik selepas kelas.

5/7/2011
Pukul 8.30 kami bertolak ke Pusat Ilmu Pengetahuan Islam dan Arab (LIPIA) di bawah kendalian Universiti al-Imam Muhammad bin Saud, Arab Saudi. Perjalanan ke tidak sampai setengah jam. Kami terpaksa menunggu sehingga pukul 11 untuk bertemu dengan wakil Pengarah LIPIA kerana sekarang ini musim cuti selama 3 bulan. Jadi kedatangan kami kurang tepat pada masanya memandangka LIPIA juga sedang diubahsuai. Sementara menunggu pukul 11 kami sempat ronda2 di pusat membeli belah MATAHARI yang terletak di hadapan LIPIA. Pukul 11 kami dipelawa masuk ke biliknya dan mendengar sidikit penerangan tentang LIPIA. Semua pelajar di sini berjumlah 2500 orang dan pengajian mereka dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Saudi serta diberika biasiswa. Asrama juga disediakan untu 250 orang pelajar perempua. Terdapat sebuah masjid, perpustakaan canggih yang dipenuhi dengan buku. Di sini terdapat beberapa peringkat pengajian seperti peralihan, ijazah, dan ijazah dalam syariah. Kami juga dibawa melihat beberapa bilik yang lain. Aku telah dilantik oleh rakan2 untuk menjadi jurucakap bagi pihak SEAMEO.

Kami sampai di SEAMEO pukul 12.30 tgh dan makanan di hantar ke asrama yang dibeli dari restoran di luar. Tak boleh jalan sebab tak ada kuah. Pukul 2 kami kena masuk kelas semula untuk sambung belajar تدريس النحو .
Ceramah Nahu disampaikan Dr Aceng. Sepatutnya ceramah ini disambung esok tatapi Dr aceng teruskan hingga pukul 6 dan esok pagi kami tiada kelas. Dia tidak menyampaikan ceramah bagaimana untuk mengajar Nahu tetapi dia mengajar nahu tajuknya الفعل الصحيح والمعتل dan الفعل اللازم والمتعدي. Ceramah ini hanya sekadar mengingatkan kami akan apa yang kami belajar di universiti dulu.

6/7/2011
Hari ini kami belajar cara membina soalan objektif daripada Prof Hidayat. Dia memang pakar dalam bab ini. Banyak ilmu yang dapat dipelajari. Dalam slot petang dia suruh kami bina 15 soalan berpandukan petikan daripada kitab Kifayatul Akhyar dalam masa 45 minit. Aku berjaya siapkannya. Ada yang tepat dan ada juga yang kurang. Ok la tu. Prof membawa bersamanya pembantunya. Kelihatannya seperti kurang mahir komputer. Prof di Indonesia memang disediakan serang pembantu peribadi.

Ceramah kami mula lebih awal dan tamat juga awal. Pukul 3.00 dah tamat. Apa lagi kami pun bergegas la untuk shopping lagi. Mula2 kami ke Depok Square tapi kurang barang2 di sini. Aku sempat juga beli baju untuk anak2 dan anak2 menakan. Lepas tu kami terus ke ITC. Hari ni lebih aman. Orang kurang sikit sebab hari kerja. Shopping sampai habis duit. Tu pun terpaksa hutang Idham dan Delis Rp 320k. La duit dah habis dan dok tunggu duit SEAMEO ada RM 765 lagi. Depa kata nak bagi hari jumaat sebab hari sabtu tu depa nak bawa kami pusing2 Jakarta. Yaaa boleh shopping lagi. Kami balik dari ITC pukul 7.30 malam dan terus makan mee ayam di Gardu.

7/7/2011
Hari merupakan hari terakhir ceramah disampaikan dengan tajuk التفاهم الثقافي yang disampaikan oleh Dr Ahamad Fuad dari Univ Malang. Di samping pembentangan, Dr menyuruh kami menanda di atas kertas yang diberikannya tentang tabiat orang Arab sama ada benar @ tidak. Slot ini sehingga tengahari sahaja kerana pada sesi petang kami dikehendaki mengajar di hadapan kelas setiap orang 20 minit. Aku memilih bahagian nahu dengan tajuknya فاعل. Memandangkan tida orang ingin menjadi orang pertama membuat pembentangan, aku terus menawarkan diri. Pukul 2.30 aku memulakan pembentangan dan tamat tepat 20 minit kata Dr Fuad. Terdapat 5 orang dari kalangan kami yang menjadi pengkritik. banyak juga mereka kondem aku tapi aku diberi peluang untuk mempertahankan diri. Ok juga belajar sambil berhibur.

Selepas aku tiada juga orang lain yang berani. Ketika itu peserta Malaysia kedua iaitu usth Norhayati tampil menawarkan diri. Bangga rasanya hari ni kerana 2 peserta Malaysia menjadi pembentang terawal. Selepas itu Erlinda Leva pula menjadi peserta ketiga dengan teknik pengajaran yang sangan menarim dalam تعليم المفردات. Hari ini kelas kami memang riuh dengan anak 7 murid dan 5 pengkritik. Insyaallah esok kami akan sambung lagi dengan 11 peserta lain. Kami bertiga dah boleh lena tapi depa kena buat persediaan malam ni. Esok juga hari terakhir kami berada dalam kelas kerana hari sabtu kami akan dibawa bershopping dengan bas SEAMEO.

8/7/2011
Hari ni aku tengok kawan2 aku bentang tugasan mereka. Muntaser memang pulun habis sampai semalam dia tak tidur dan tak tak sarapan sebab dok prepare prentation. Ternyata pembengtangannya memang menarik sekali. Dia ajak kami menyanyi sambil menyebut perkataan dan bersenam. Idea orang Filipina memang hebat. Rusman juga hebat sampai kami tak larat gelak ketika dia buat pembentangan tentang cara mengajar huruf hijaiah. Dia juga ada pelajar darikalangan staf SEAMEO. Depa juga seronok belajar dengan Rusman. Pembentangan Taufik dan Erfika biasa saja.

Tiba sesi petang semua pesrta dapat habiskan pembentangan sehingga jam 4 petang. selepas itu ada sesi penilaian kami terhadap SEAMEO melaui tulisan dan lisan. Kemudian diadakan acara penutup dan penyerahan sijil serta wang claim yang kami tunggu2. Tak sangka pula ada elaun harian, wang saku & tambang teksi. dapat la seribu lebih. Boleh beli lagi sikit2 esok.

9/7/2011
Pukul 9 pg kami bertolak ke Taman Mini Indonesia. Di sini dipamerkan tempat2 dan adat2 kawasan2 utama Indonesia seperti Riau, Bali, Acheh dll. Aku seperti biasa bukan seorang peminat sejarah. Aku hanya ikut ke sini untuk beli cendera hati kepada org2 Malaysia. Sempat juga belikan baju untuk isteri dan anak2 ku. Hutang dulu Rp 200k dengan Delis. Aku makan mee ayam utk alas perut kat sini.

Pukul 1 kami ke ITC Cempaka Mas. Aku hanya beli 2 helai tudung di sini. Aku lebih suka Depok ITC. Sekadar ronda2 saj boleh la. Jam 3.45 kami bertolak pulang ke SEAMEO. Apa lagi kemas barang la nak balik Malaysia esokkkkkk.

10/7/2011
Hari ini aku bangun jam 3.30 pg. Tunggu sejam sebelum ke masjid. Balik masjid terus siap nak balik Malaysia. Pukkul 6.20 kami terus berangkat ke Airport. Sebelum sampai sempat singgah sebuah restoran untuk sarapan nasi padang. puas rasanya dapat makan juga nasi padang.

Lebih kurang pukul 9 kami pun check in dan boarding jam 10.30. Pesawat berlepas jam 11.10 pg dan sampai 1.50 kat KLIA. Pak Sheh datang jemput aku dan terus menuju ke stesen bas Kajang. Dapat tiket pukul 8 malam. Selepas tu pulang ke Sg Merab untuk rehat sebentar. Aku terus call Fendi untuk umpa dan dia datang dengan Bakri jam 5.30. kami berborak sebentar dan Pak Sheh terus jemput makan pukul 6 ptg. Pukul 6.30 kami terus ke rumah Bakri yang berselang sebuah rumah dengan rumah Fendi. Tengok rumah baru depa. Ok la rumah 2 tingkat. Pukul 7.20 Bakri hantar aku ke stesen Kajang. Pukul 8 bas pun bergerak ke Pudu dan jln Duta sebelum sampai di SP jam 2 pagi. Itulah rentetan catatanku ke GARDU SRENGSENG SAWAH yang akan terus terpahat dalam kenangan.

Sabtu, 23 April 2011

TAHUN 2011 YANG SANGAT MENCABAR

1. Semenjak menyandang jawatan Guru Cemerlang (GC) kerja luar datang bertimbun-timbun hinggakan tak ada masa nak update blog. Apatah lagi dengan adanya facebook, blog ini bagaikan terabai.

2. Bulan April ni bulan yang paling sibuk setakat ni. banyak aktiviti berlaku dalam bulan ni seperti:
- ceramah teknik menjawab pmr di Langkawi, Kuala Nerang,
Sitiawan,Baling, Yan, Manong Perak, Sg. Limau.

- lawatan benchmarking ke SBPI Rawang pada 13-14 April

- ceramah pemantapan P&P B. Arab Pmr kepada guru2 B.Arab Kuala Muda
/ Yan dan JPN

- bengkel pembinaan item ujian pertengahan tahun daerah KMY pada 20
Apr
- bengkel pemurnian soalan diagnostik Pmr kedah di PKG Bukit Jenun
pada 25 April

3. Sekarang sedang buat persediaan untuk menganjurkan Ihtifal IPA peringkat negeri pada 17-17 Jun di SMKA Yan. Sungguh sibuk dan kekadang pi sekolah sehari @ 2 hari saja seminggu. Maka terpaksalah ganti kelas pada waktu petang & malam..........

Jumaat, 10 Disember 2010

CERAMAH MAAL HIJRAH 1432

Semalam berlansung ceramah maal Hijrah di surau tamanku yang sangat bagus dan dipuji ceramah itu oleh para hadirin kerana penyampaiannya yang best dan mengandungi isi yang sangat bernas disampaikan oleh Us Mahizan Mat Lazim, juniorku di Ma'had dulu.

2. Beliau banyak menyentuh tentang parenting education dan pengalamannya bekerja sebagai Pegawai Agama Hospital Pulau Pinang, satu jawatan yang baru wujud di zaman Pak Lah tahun 2008 bagi mengurus masalah agama di hospital. Terima kasih Pak Lah. Inilah jasa besar Pak Lah yang baru ku tahu di samping jasanya tak dapat ku lupakan iaitu JQAF. Walau macam mana orang kutuk Pak Lah pun aku tetap pujinya dalam beberapa pembaharuan berkaitan agama yang dilakukannya.

3. Kaum muslimat banyak membantu dalam menyediakan jamuan mee kari dan cucuq udang. Muslimin pula terus seattle khemah sejurus selepas majlis tamat. Muafakat penduduk taman semakin terserlah nampaknya. Program semalam paling berjaya setakat ini. Memang ada improve. Syukur ya Rabb...

TUISYEN INTENSIF SEDANG BERJALAN

1. Alhamdulillah bermula 29 Nov lalu Tuisyen Intensif yang ku impikan akhirnya dapat ku mulakan. pada hari pertama pelajar PMR ada 8 orang sahaja. Tapi hari ni ada 12 orang dan dijangka bertambah lagi pada minggu hadapan. SPM pula mulanya dah jadi 6.

2. Memang syok buat tuisyen time cuti sekolah sebab dapat isi masa yang terluang dan yang lebih penting lagi dapat improve teknik pengajaran yang lebih berkesan agar dapat difahami dengan lebih mudah oleh para pelajar.

3. Alhamdulilah melalui tuisyen ini aku dapat satu formula baru mengajar Nahu menggunakan kaedah Matematik. Inilah yang dinamakan merentas kurikukum. Hasilnya cukup memuaskan. Pelajar yang dulunya kosong sekarang dah berisi hari demi hari. Mungkin inilah cabaran sebagai Guru Cemerlang. Setiap hari mesti ada anjakan ke arah kecemerlangan.

Ahad, 28 November 2010

TUISYEN INTENSIF BAHASA ARAB 2010

Sempena cuti sekolah ini ustaz akan mengadakan kelas tuisyen intensif kepada pelajar tingkatan 1&2 untuk PMR dan tingkatan 4 untuk SPM. Maklumat tuisyen adalah seperti berikut :

- Tarikh : 29 November - 30 Disember 2010

- Masa : PMR 9.00 - 10.30 pagi
SPM 10.45 - 12.15 tgh

- Tempat : Tingkat Atas Kedai Fotostat FITRAH HIKMAH,
Taman Lembah Bujang Indah,(berhampiran MRSM Merbok)

- Yuran : RM 120.00 (boleh dijelaskan secara ansuran)

- Tenaga Pengajar : Ustaz Suhaimi bin Sudin (GC B. Arab)

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 013-4512151 @ 012-5970431

Khamis, 18 November 2010

U-TURN KE AGAMA YAN

Untuk makluman semua khasnya anak murid ustaz kat SMKAY, ustaz akan kembali mengajar di SMKAY tahun depan insyaalllah. Memo pertukaran ustaz dari SMK Khir Johari telah pun dikeluarkan oleh PPDKMY kerana dilantik sebagai GURU CEMERLANG BAHASA ARAB. Surat diterima pada 14 Nov 2010. So, ustaz tak akan ke PPD sebagai pegawai tapi akan menabur jasa & bakti di SMKAY. Yang masih ada di SMKAY, jumpa di sana....

Sabtu, 2 Oktober 2010

KEM INTENSIF BAHASA ARAB (KIBAR) 2010

1. PPDKMY telah mengambil inisiatif untuk membantu pelajar2 PMR B. Arab dengan menganjurkan Kem Intensif B. Arab (Kibar) kepada semua sekolah yang mengambil PMR tahun ini. Kem ini telah dibahagikan kepada 6 zon yang melibatkan beberapa buah sekolah seperti berikut:

1. SMK Agama Yan
2. SMA An-Nahdhah
3. SMK Bt 5, SMK Yan, SMK Sg. Limau & SMK Che Tom di SMK Bt 5
4. SMK Sg. Layar, SMK Khir Johari, SMK Pekula Jaya & SMK Kota K.Muda di SMK Sg. Layar
5. SMK Gurun, SMA Pekan Gurun & SMA Sg. Petani di SMK GUrun
6. SMA Fauzi & SMA Saadah Sg. Limau di SMK Agama Yan

2. Kem ini berlansung dari 20-28 September 2010 yang aku sendiri rancang dan kendalikannya dengan bantuan guru2 sek masing2. Akativiti yang dijalankan ialah explorace, bengkel nahu & bengkel karangan. Secara keseluruhannya mereka kata program ini menarik & pelajar mendapat manfaat daripadanya. Alhamdulillah

Sabtu, 18 September 2010

SOS CAP ARNAB & KICAP JENAMA LADAS

1. Selaku muslim kita wajib menjaga urusan pemakanan seharian agar hanya yang benar-benar halal sahaja yang masuk ke dalam perut kita. Al-quran telah meletakkan trademark yang jelas & menarik untuk digunakan oleh pengguna & peniaga muslim yang takutkan Allah iaitu Halalal Toyyiba. Namun apa yang menyedihkan, trademark yang indah ini telah dieksploitasi sepenuhnya oleh syarikat Ayamas daripada kumpulan KFC yang berpengkalan di USA. Kenapa syarikat milik bumiputera muslim tidak terlebih dahulu memplopori trademark ini? Adakah kerana mereka tidak membaca al-Quran @ tidak memahaminya @ tidak tahu ianya ada di dalam al-Quran @ memang tidak peka tentang halal & haram di dalam soal pemakanan.

2. Di sebelah utara ini aku dapati kebanyakan peniaga muslim menggunakan produk sos yang aku sangat benci melihatnya apatah lagi memakannya iaitu sos cap arnab yang solid dibuat oleh cina bukan muslim. Ingin ku ceritakan beberapa pengalamanku dalam usaha untuk mengelakkan peniaga muslim menggunakan produk ini. Ketika aku di SMS Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam, aku telah berjaya menegur tuan yang empunya dewan makan yang menggunakan sos & kicap yang entah apa kejadah jenamanya. Yang pasti ianya buatan cina non muslim. Ku terangkan kepadanya atas dasar tuntutan fardhu kifayah dan kewajipan kita memakan & menyediakan makanan yang bebas daripada unsur haram & syubahat. Katanya masalah utama pembekal muslim ialah mereka hanya mahukan bayaran cash apabila membuat penghantaran barang, sedangkan cina boleh bayar lambat. Cina akan kenakan bayaran lebih & ini tidaklah menjadi masalah kepada pengusaha dewan makan. Apa yang penting katanya dia akan bayar selepas dia dapat bayaran daripada pihak sekolah. Oh begitu ceritanya. Lalu dia meminta tolong daripadaku kalau-kalau ada suplier muslim yang sanggup bekalkan barang dengan bayaran tertunda. Aku pun cari dan alhamdulillah, mungkin niat untuk memastikan para pelajar makan makanan yang suci, ada suplier dari Sg. Lalang sanggup bekalkan dengan terma & syarat yang telah ditetapkan. Selesai satu masalah sampailah kontrak mereka tamat & diambil alih oleh kontraktor yang baru. Aku dapat maklumat yang kontraktor baru menggunakan produk muslim. Alhamdulillah.

3. Seterusnya aku ke salah sebuah kedai yang masyhur dengan kesedapan kari dan masak kicapnya. Apabila ku selidiki mereka gunakan sos cap yang ku benci itu iaitu cap arnab. Aku pun nasihatkan dia agar menukar produk itu. Alhamdulillah dia setuju namun hanya untuk beberapa ketika sahaja. Suatu hari aku terpandang akan adanya kembali sos cap arnab di dalam kedainya. Lalu dia pun jelaskan kepadaku yang ibunya berkata tidak sedap masakannya tanpa gunakan sos cap arnab. Astaghfirullah al-azim. Begitulah cintanya peniaga muslim akan produk yang sah-sah buatan cina bukan islam & sanggup tolak barang orang Islam kononnya tak sedap masakannya. Mereka hanya fikirkan laba dunia walaupun status halalnya diragui. Patutlah hari ini orang Islam semakin bercelaru. Mereka cuai akan perintah Allah tentang trademark HALALAN TOYYIBA. Aku kecewa sekali, tetapi sekurang-kurangnya aku dah jalankan tugasku Ya Allah.

4. Di kampungku pula suatu ketika dahulu ada sebuah kedai menjual bihun sup yang cukup terkenal walaupun tersorok di dalam hutan bakau. Memang sapa pun akan kata supnya sedap termasuk aku. Memang dia kaya ketika itu. Sup tulangnya yang bermula dari RM 2.50 semakin lama semakin mahal hinggalah dinaikkan ke RM 5.00. Bila kuseliki apa punca sedap sangat supnya barulah ku tahu puncanya ialah aji nomoto yang berkandar-kandar di humban ke dalam supnya dan penggunaan sos cap arnab. Cap arnab lagi. Hebat sangatkah sos ini. Memang sos ini ada kelainan dari segi rasanya. Entah menatang apa yang cina tu bubuh sampai orang berniaga tergila-gilakannya bagaikan orang dilamun asmara cinta berapi. Tapi hari ini kedai itu dah bagaikan hidup segan mati tak mau mungkin kerana sikap tamak tuannya & penggunaan bahan yang kurang berkat.

5. Di tamanku pula ada seorang pengusaha katering yang sedap masakannya. Aku pun suka makan. Semua sedap dan dia banyak sponser kenduri kat surau kami. Baru-baru ini aku terjumpa dia di sebuah kedai runcit tempat dia membeli barang. Isteriku ternampak dia membeli sos cap arnab & kicap jenama Ladas. Sos arnab tak perlu dihuraikan lagi, tapi kicap Ladas ini nampak macam produk muslim tapi rupa-rupanya produk orang India pula. Oh kena tipu lagi kita. Memang banyak ku lihat di kedai-kedai makan kicap ini. Kenapalah susah sangat orang Islam nak guna produk jenama al-hikmah, hikam, maju, mudim, adabi dll. Mungkin ada yang kurang sedap tapi takkan semuanya tak sedap. Mungkin juga pengusaha-pengusaha bukan muslim ini ada jampi apa-apa kot dalam sos & kicap mereka. Sama-samalah kita renung & fikirkan. Sesungguhnya setiap yang dimakan oleh anak Adam itu akan menjadi darah dagingnya dan yang lebih penting akan mempengaruhi perangainya. Lihat sahaja perangai pelajar-pelajar hari ini yang semakin mengganas. Adakah ini puncanya?...... Tepuk dadamu & tanyalah imanmu..

Jumaat, 17 September 2010

BILA USTAZAH JADI CIKGU & CIKGU JADI USTAZAH

1. Apabila aku menjejakkan kaki ke SMK Khir Johari aku dapati ramai guru wanita bertudung labuh. Lalu ku tertanya-tanya adakah mereka itu semuanya ustazah? Bila kuselidiki bilangan ustazah, tak ramai mana pun. Apabila lalu di depanku seorang guru yang bertudung labuh, aku pun bertanya kawan-kawanku, adakah dia ustazah? lalu jawab mereka, bukan. Mereka pun memberitahu cikgu tadi yang aku kata dia tu macam ustazah. Cikgu tadi berkata 'alhamdulillah'. Sejuk hati mendengar.

2. Suatu hari aku didatangi oleh seorang guru yang bertudung biasa, jarang pula tu, bermulut merah lagi. Dia memberitahuku tentang program bacaan al-quran kepada pelajar2 SMKKJ. Selepas itu aku pun bertanya kawan-kawanku, adakah itu ustazah? jawab mereka, ya. Mereka sendiri terus buat ulasan lebih kurang seperti ini : " kadang-kadang tak dapat nak bezakan antara ustazah dan cikgu ". Aku akur dengan ulasan mereka. Tahulah aku bahawa si fulan itu seorang ustazah.

3. Suatu hari ku terserempak dengan seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang dah agak lama ku kenali, kebetulan tinggal setaman denganku. Jumpanya pula kat kedai. Aku terkejut bangat apabila ku lihat dia mengenakan t-shirt ala muda mudi kini dan seluar yang tidak longgar. Aduh terhiris rasanya hati ini. Sebelum ni jumpa dia berpakaian baju kurung macam ustazah lain pakai juga. Aduh rupanya sebahagian ustazah hari ini diselubungi penyakit hipokrit @ nifaq. Di depan lain, belakangnya pula lain. Aku tertanya sendirian, bagaimanakah mereka mengajar anak murid mereka tentang akhlak & hukum? Rasanya tidak keterlaluan kot kalau aku katakan di sini bahawa salah satu punca tidak masuknya ilmu di dalam jiwa para pelajar kerana tidak tulusnya jiwa seorang pendidik seperti situasi yang ku paparkan di atas. Oh ustaz & ustazah, muhasabahlah kamu sebelum Allah menghisab amalanmu.

4. Baru-baru ni aku berbual dengan rakanku, Us Rosli SMKAY. Kami berbual tentang masalah ketidak menjadian pelajar-pelajar SABK. Katanya Us Sazali, pengetua SABK Fauzi ada berkata kepadanya bahawa ustaz ustazah hari apabila datang ke pejabat, mereka lebih gemar berbicara soal DG mereka daripada bertanya apa yang mereka boleh sumbangkan kepada pelajar. Oh begitu rupanya. Sedih & amat menyedihkan. Ku yakin di SABK lain pun keadaannya sama juga. Dulu waktu mereka susah, keikhlasanlah yang terpancar di wajah masing-masing. Namun setelah senang, mereka lebih gemar berbicara tentang kereta, rumah dll. Apa la nak jadi dengan sekolah agama hari ni. Banyak ku kenali watak & perwatakan pelajar-pelajar sekolah SABK setelah aku berceramah di sekolah mereka. Sebahagian guru tidak menunjukkan minat untuk menambah ilmu & kemahiran dalam P&P. Mereka hanya tahu menyalak kepada pelajar setiap kali merosotnya keputusan peperiksaan. Sesungguhnya pelajar SABK masih mempunyai cahaya walaupun dicelah-celah kegelapan berbanding pelajar-pelajar sekolah menengah harian. Oh ustaz & ustazah, sedarlah di mana tempat dudukmu sekarang.....

Khamis, 16 September 2010

ANAK PEREMPUAN PEMBUNUH KARAKTOR SI BAPA

1. Setiap kali ke majlis kenduri kahwin kita akan memerhatikan asam garam perilaku tuan yang empunya rumah termasuklah saudara maraku sendiri. Bermacam ragam yang ada. Ada yang menyejukkan hati tetapi tersangat banyak yang melukakan hati apabila syariat Allah ternoda pada hari tersebut dengan perkara-perkara berunsur maksiat dan lagha.

2. Hari ini aku pi makan kenduri di Sik yang dikategorikan sebagai kawasan Hulu di Kedah suatu ketika dulu. Tapi dari segi fizikalnya Sik dah mengalami transformasi infrastruktur yang hebat, namun mentaliti sebahagian anak mudanya masih lagi kehuluan apabila kenduri kahwin mereka dihiasi dengan dentuman mercun bola yang bunyinya bagaikan ledakan sebutir bom. Ini bukan pertama kali ku dengar dan ku lihat, bahkan acap kali aku bertandang ke rumah kenduri di Sik, itulah yang sering terjadi. Aduhai orang Sik!!!!!! Aku tidak akan terkejut andainya suatu hari nanti akhbar Metro akan paparkan tajuk utamanya " MERCUN BOLA MEMBUNUH SI TUA YANG SEDANG MENJAMU SELERA " lantaran si tua itu ada padanya sakit jantung.

3. Si bapa yang juga tuan yang empunya kenduri hari ini juga saudara maraku. Ku kenali dia seorang yang rajin menadah kitab ke sana ke mari, berguru dengan sheh itu & sheh ini, rajin ke masjid untuk berjemaah, orang PAS pula tu. Kekadang orang UMNO pun tak samapai macam tu. Itu yang ku kenal. Maka dengan sebab itu aku penuhi undangannya. Namun satu kejutan besar bagiku hari ini apabila anak perempuannya yang juga raja sehari pada hari ini telah menonjolkan dirinya di khalayak ramai tak tumpah seperti seorang artis yang sedang mencari publisiti murahan di hadapan kamera untuk dipampangkan di dada-dada akhbar. Malunya aku, namun aku tidak pasti sama ada si bapa dan isterinya malu dengan pakaian ala berkemban anaknya itu, ataupun mereka berbangga dapat pertontonkan pelakon utama di panggung teater kepada audien yang hadir pada hari ini. Mahu saja aku cabut ketayap yang bersemayam di atas kepala si bapa dan tudung yang melitupi maruah si ibu. Oh dunia, ingin kiamatkah kamu ???

4. Sesungguhnya saban tahun kita dihidangkan dengan pengkisahan semula roadtour nabi di dalam isra' & mi'raj. Malangnya sebahagian ketua keluarga yang bergelar suami & bapa hanya terhibur dengan ceritanya sahaja tanpa mempedulikan 'ibrahnya cerita itu. Isteri dan anak perempuan mereka masih dibiarkan tidak memelihara aurat yang merupakan maruah mereka. Memang tepatlah mutiara kata nabi tentang wanita-wanita akhir zaman ini yang bertelanjang dalam berpakaian, yang mana mereka tidak mencium bau syurga Allah 'Azza wa Jalla. Takutlah akan Allah wahai kaum wanita. Tidak tesentuhkah dirimu dengan gambaran wanita-wanita yang digantung rambut mereka di dalam neraka. Takutlah akan Allah juga wahai si suami dan bapa! Siapa tahu di saat kamu hendak melangkah masuk ke syurga nanti ,tiba-tiba kakimu ditarik oleh anak isterimu keranan kamu tidak menegur mereka di dunia dahulu tentang aurat & pakaian mereka. Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada azab api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu bata.

Rabu, 8 September 2010

RAMADHAN & SYAWAL

1. Dah lama benar aku tak menulis kat blog ni. Sibuk satu bab dan malas satu bab. Sibuk kerana aku tengah pulun nak siapkan buku Zad al Imtiyaz tg 2 sebelum mula menulis utk tingkatan 3. Aku amat berharap buku ini dapat dicetak sebelum masuk tahun baru 2011. Ya Allah kuatkanlah semangatku dan berikanlah ilham dan idea2 baru untuk aku mantapkan lagi persembahan dalam bukuku. Ini buku pertama yang kutulis secara solo. 2 buku lagi akan berada di pasaran juga adalah tulisan bersama2 sahabat2ku yang ringan tangan mereka menggerakkan pena dengan tinta2 emas mereka. Sesungguhnya ilmu Allah itu amat luas apabila kita mula mengkajinya...

2. Ramadhan kali ini adalah tahun kedua aku di rumah baruku di Taman Lembah Bujang Indah. Seronok tahun ini kami dapat tunaikan terawih di surau kami Surau al-Iman. Alhamdulillah sambutannya amat menggalakkan. Penuh surau setiap malam yang diceriakan lagi dengan jamuan moreh saban malam dan sekali sekala jamuan Iftar Jamaie. Insyaalah kami akan tunaikan solat Eidulfitri untuk pertama kalinya di surau yang kami cintai ini dengan didahulukan pada malam rayanya dengan program takbir dan jamuan sate.

3. Ramadhan kali ini juga agak menyedihkan sedikit kerana isteriku 2 kali terpaksa bermalam di wad Hospital Sultan Abdul Halim. Terpahat juga kenangan aku bawa anak2 berbuka di wad hospital. Nasib baik misi2 tu tak hambat kami. Tak apalah inikan dugaan namanya. Tapi alhamdulillah isteriku dah kembali sihat walafiat.

4. Tahun ni kami hanya berbuka 2 kali di rumah ibuku, sekali di rumah mertuaku, sekali kat rumah Lia, 3 kali kat surau, sekali kat kedai dan selebihnya kat rumah aje. maklumlah tahun ni aku bayak kena jadi imam terawih kat surau, jadi kena lebih masa kat rumah sebab kena prepare tazkirah lagi yang kami buat tiap2 malam selepas terawih.

5. Syawal tahun ni serba sederhana buat kami sekeluarga kerana isteriku pun kurang sihat. So ala kadar ajalah. Aku menunggu ketibaan anak2 muridku yang sedang plan nak mai raya kat rumahku tahun ni. Inilah kelebihan menjadi seorang guru kerana dia akan kaya dengan ANAK MURIDNYA. Ahlan wasahlan buat kalian.

Isnin, 19 Julai 2010

CERAMAH PMR 2010

Sekarang demam exam PMR dah bermula. Tahun format baru dilaksanakan. Aku pun tak ketinggalan diundang berceramah ke sana sini. Berikut jadual ceramahku :

1. INTERAKSI CONSULTANT DI MRSM PENDANG .... 10 Julai 2010
2. SMA AL-ISLAH............................. 11 Julai 2010
3. MAKTAB MAHMUD KULIM...................... 11 Julai 2010
4. MAKTAB MAHMUD PENDANG.................... 15 Julai 2010
5. INTERAKSI CONSULTANT..................... 17 Julai 2010
6. SMA SUNGAI PETANI........................ 23 Julai 2010
7. INTERAKSI CONSULTANT DI MRSM PENDANG..... 24 Julai 2010
8. SMK AGAMA ARAU........................... 24 Julai 2010
9. SMA ISLAHIAH KULIM....................... 25 Julai 2010
10.SMK KHIR JOHARI.......................... 27 Julai 2010
11.SMA FAUZI DI PUTERI AYU CHALET........... 28 Julai 2010
12.SMK TUNKU ABDUL RAHMAN, MERGONG.......... 30 Julai 2010
13.INTERAKSI CONSULTANT DI UUM SINTOK....... 31 Julai 2010
14.SMK BATU 5 GURUN......................... 1 Ogos 2010
15.SMK AGAMA YAN............................ 3 Ogos 2010
16.SMA DARUSSAADAH TITI BESI. .............. 4 Ogos 2010
17.SMK HOSBA................................ 4 Ogos 2010
18.SMK PULAU TUBA........................... 5 Ogos 2010
19.MAKTAB MAHMUD LANGKAWI................... 6 Ogos 2010
20.SMA SAADAH DINIAH........................ 6 Ogos 2010
21.INTERAKSI CONSULTANT DI LAGUNA MERBOK.... 7 Ogos 2010
22.SMK SUNGAI LAYAR......................... 9 Ogos 2010
23.SMA AD-DINIAH JELUTONG, CHANGKAT JERING.. 10 Ogos 2010
24.SMA TAUFIQIAH, PONDOK PAK YA............. 29 Ogos 2010

Selasa, 22 Jun 2010

KHIR JOHARI OH KHIR JOHARI

1. Hari ni hari ketiga aku di SMK Khir Johari sebagai penumpang sebelum bahteraku terus belayar ke destinasi seterusnya. Pagi Ahad lalu setibanya aku di SMKKJ aku bertemu dengan PK 1 yang sudah maklum akan status aku di sini. Aku tak diberi jadual waktu, tak perlu menulis buku rekod mengajar dan hanya relief cg yang tak hadir saja. Sekolah ni memang padat dengan pelajar & guru. Tempat duduk aku pun tak dak. Itulah gambaran betapa padatnya sekolah ini yang muridnya lebih 2000 org dan gurunya lebih kurang 150 org. Hari aku juga dapat saksikan gelagat pelajar sekolah harian menghadiri perhimpunan pagi. Suasana yang sungguh berbeza dengan SBPIKP & SMKAY. ketika salah seorang guru berucap tentang pergaduhan sebelum cuti sekolah yang lalu, inilah antara ayat yang kali pertama ku dengar secara rasmi di dalam perhimpunan. Katanya: "Perangai hodoh macam PELAQ lagi". Di hadapan pengetua pula tu. Aku pun dapat rasakan yang cg2 kat sini memang tak larat sabar dengan budak2 kat sini. Itulah namanya pengalaman.

2. Hari kedua kehadiranku diiringi dengan tangisan langit sepanjang hari. Satu kejadian mengejutkan aku apabila seorang budak India jatuh dari atas bumbung ke bawah. Katanya ingin ambil dompet. Bumbung tu hanya abestos yang nipis dan menjadi semakin rapuh apabila kena hujan & panas. Bunyi jatuhnya budak itu bagaikan dentuman guruh di langit. terkejut habis semua orang kat bilik guru. Budak tu cedera tak teruk dan sempat cg2 India cover dia. Rupa2nya hubungan cg2 melayu & bIndia kat sini memang tak ngam. Hanya manis di depan, di belakang pakat lawan kutuk. "kalau budak India, biar pi, padan muka dia". Itulah salah satu ayat yang sempat aku dengar daripada seorang guru. Oh begitu rupanya keadaan di sini.

3. Hari ketiga ku dengar seawal pagi seorang guru disiplin dah mula belasah seorang budak India kerana sisyaki curi jam tangan anaknya. Dia memang kenal jam tu sebab ada tanda calar padanya. Dia dengan us Rozi dok perosah budak tu. Penampar perkara biasa la kat sini. Tapi budak India tu tetap tak mengaku. Ketegar betul. Masyaallah aku sekali menggelengkan kepala dengan situasi2 spt ini yang tak pernah ku jumpa sebelum ini. Sungguh sabar cg2 kat sini.

4. Hari ni juga aku kena relief kelas yang katanya mcm gengster. Mungkin benar juga cakap depa. Cg library pun tak bagi bawa depa masuk kat situ. Katanya tak boleh control. 2 masa aku bersembang dengan depa. Depa boleh ajar aku macam mana nak curi motor, nak buka pad lock dll. Banyak juga ilmu yang ku dapat. Hebat betul SMKKJ. Esok entahlah apa lagi yang akan aku temui.......

5. Sambung lagi hari ke 4. Hari lebih mengejutkan apabila Sir Azman seorang guru disiplin yang dedikasi telah dipukul oleh si bapa kepada pelajar India yang dituduh curi jam kelmarin. Berdarah dahi cg Man. Di balai polis dia pengsan lalu dihantar ke wad kecemasan. Mungkin sebab banyak pendarahan. Kami mengesyaki yang bapa India ni memang dah tarok cincin baguih punya kat jari dia. Kesian inilah harga yang perlu dibayar oleh seorang guru disiplin. Sedih lagi menyedihkan. Nasib baik tak ada pergaduhan kat luar sekolah.

6. Hari ke 5. Pagi ni ada perhimpunan khas. Pengetua berucap. Bukan main punya marah dia hari ni. Semalam dia kata tak boleh tidoq mengenangkan sejarah hitam yang telah melanda SMKKJ dan sepanjang perkhidmatannya. Dia pun warning agar jangan ada masalah disiplin hari ni. Kalau tak dia akan bagi PENAMPAQQQ. Boleh tahan juga sheh ni. Cg Azman pun dah mai sekolah hari ni. Sabar la Man & kuatkan semangat. Minggu depan aku akan pi sekolah sehari saja pada hari Selasa sebab kena keluar. Aman sikit.

7. Hari ke 6. Aku ke sekolah seperti biasa walaupun semangat ku sudah luntur dek angkara birokrasi ke PPD. Namun apa boleh buat sebagai penjawat awam aku terpaksa akur. Hari ni kena relief tg 3. yang syoknya 4 waktu direct. Apa ke punya jadual la sampai berderet cg kena ngajar. Depa kata yang 6 direct pun ada. Kesian cg2 kat sini. Aku juga baca keratan akhbar metro hari jumaat pasai Man kena tumbuk tempohari. Siap ada gambar lagi. Sekolah nampak aman sikit. Kemarin ada juga budak bertumbuk kat padang, cerita cg2 kepadaku. La ni aku buat tak peduli saja. Masuk kelas relief bawa laptop & buat kerja aku. Esok aku ke PKG Sik & lusa ke JPN. Yahooo tak pi sekolah.

Selasa, 15 Jun 2010

CUTI-CUTI MALAYSIA

Cuti sekolah tiba lagi. Rasanya ini cuti sekolah terakhir buatku sebelum aku bertukar kerjaya daripada seorang guru kepada seorang pekerja pejabat. Aku pun ambil kesempatan ini untuk bawa famili makan angin. Duit tak berapa ada juga sebenarnya. Memandangkan lepas ni aku dah tak ada cuti sekolah dah aku gagahi juga. Setakat mana yang ada saja la.

2. Kami mulakan perrcutian pada 9 Jun hari rabu jam 6.30 pagi terus menuju ke Sabak Bernam. Jam 12 kami sampai rumah Wak Dol. Rasanya dah 5 tahun tak jumpa Wak. Dia pun sudah uzur, tak larat berjalan. Wak Bada masih steady lagi. Rumah Wak kembali semak. Dah tak macam kami duduk dulu. Waktu ni teringat balik kat Bakri, Mat Yi, Kamal dan Bong. Wak jamu kami makan burung puyuh goreng. Sedap juga. Dah lama tak makan masakan Jawa.

3. Pukul 2.30 kami keluar dari rumah Wak dan pergi rumag Kak Saniah yang sedang membela ibunya yang lumpuh. Dia macam seadanya. Tetap ceria. Lepas tu kami pi cari Kak Ani yang sedang bekerja di kilang kuih & biskut. kak Ani tetap dengan kerajinannya & tak tahu duduk diam. Lepas tu ke rumah Wak Rom. Mula2 dia tak perasan kami. maklumlah dah lama tak jumpa. Bila dah ingat barulah dia gelak kuat. Kemudian pi pula rumah Lek Jami tapi sayangnya dia tak ada kat rumah.

4. Destinasi seterusnya ialah rumah Pak Sheh kat Sg. Merab, Bangi. Kami bermalam kat sini. anak2 pun suka main kat sini dengan anak2 dia. Rumah pun besar, selesalah. seterusnya kami melawat Putrajaya jam 10. Sampai kat masjid aku pun terus mencari ustaz Manap. Dengan tak disangka2 terjumpa pula dengan ustaz Saleh. bagai pucuk dicita ulam mendatang. Dah hampir 12 tahun tak jumpa. Dia ajak ke rumah dia dan kami maan tengahari kat sana.

5. Perjalan kami diteruskan lagi ke rumah Long di Seremban. Tersesat juga sebelum sampai kat sana. Maklumlah masuk dalam pekan Seremban yang sesak. Mujurlah ada GPS, sampai juga akhirnya. Keesokannya kami terus ke Melaka. Mula2 naik bot pusing sungai Melaka. Lepas tu pi makan dan beli buah tangan buat orang Kedah. Boleh la sorang satu. Kemudian naik kapal portugis, naik beca keliling bandar Melaka. sempatlah naik A Farmosa & last sekali ke Zoo Melaka. Malam baru sampai rumah Long. Melaka best untuk dilawati. kalau 2 hari baru boleh pi semua tempat.

6. Keesokannya kami ke Port Dickson bawa anak2 mandi. Sebelum tu sempat singgah rumah jiran lama Taman Bujang, Shukri & Siti Zainab. Depa pun joint sekali ke pantai PD. Lepas PD kami ke Shah Alam. Silap keluar tol kami terlajak sampai ke bangi & terpaksa patah balik. Mulanya nak ke rumah Cik Mah dulu tut2 samapai rumah Lang naik h.way baru. Kat sana dan la tengok Kak Cik yang baru bersalin anak ketiga. Memandangkan Nain ada waktu tu aku pun suruh dia jadi tourist guide ke rumah Cik Mah. Susah rupanya nak pi jalan Kebun ni. Akhirnya sampai juga rumah Cik.

7. Hari Ahad jam 9 pagi kami pun bergerak pulang ke Kedah ikut juga jalan Sabak Bernam juga. Sempat lagi singgah kat Sg Besar beli kain baju raya siap2. Kami sampai di Bujang jam 5 petang dan terus pi makan kenduri di rumah Et Husin. Itulah catatan pengembaraan kami kali ini.

Khamis, 3 Jun 2010

DARI SMKA YAN KE SMK KHIR JOHARI DAN INGIN KE..........

1. Dah lama benar rasanya tak menulis kat blog ni. Maklumlah kerja banyak. Baru habis marking kertas exam. Esok mula cuti 2 minggu bolehlah rehat sikit. Namun kenduri berlambak2 menanti. Cadang2 tu nak bawa anak2 ke Melaka cuti ni insyaallah.

2. Hari ni aku terima surat arahan bertukar ke SMK Khir Johari sebagai transit sebelum bertugas di PPD Kuala Muda Yan. Nampaknya tugas aku sebagai guru secara rasminya selama 9 tahun 5 bulan bemula tahun 2001 di SMS Tun Syed Sheh Shahabudin. Lepas ni aku menanti pula memo untuk ke PPDKMY. Hari ni juga aku melapor diri SMKKJ yang serabut pada pandangan mataku. Tapi tak apa aku nak dok sat saja. Sabarlah...

3. Lepas ni entahlah ke mana lagi nak ditukarkan. Walau apa pun demi mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga aku tak kisah. Inilah catatan pengembaraanku dari SMSTSSS....SBPIKP....SMKAY....SMKKJ.... insyaallah ke ....PPDKMY selepas ini.

4. Terima kasih SMKAY kerana memberi layanan istimewa kepadaku. Aku selesa bertugas di sana. Ku abadikan di sini segunung penghargaan dan terima kasih kepada pelajar2 yang merupakan peminat setiaku khususnya 5 Fatonah, 4 Amanah, 4 Hasanah, 4 Rahmah, 1 Hasanah & 1 Mawaddah. Kalian tetap dalam ingatan. Muchas Gracias, Bohot Shukriya...Akhir kata KAMU JANGAN NAKAL...

Sabtu, 8 Mei 2010

MANDI DI KOLAM AIR PANAS ULU LEGONG

Semalam dalam perjalanan ke Bukit Mertajam untuk mengajar B.Arab tiba2 dapat idea untuk bawa anak2 mandi air panas kat Legong. Apa lagi meloncatlah kedua2 anak ku. masalahnya kami gtak baju utk mandi. Dah nak pi sangat kami bertolak ke Kulim dulu lps kelas untuk beli seluar mandi Ikram & Muna. Sampai kat Giant pukul 10 mlm & Giant dah tutup. Kedai lain pun tak dak yang buka. Tawakkal sajalah harap2 ada seluar kat Legong. nak jadi rezeki Ikram seluar dia ada. Mandilah anak2ku dari pukul 12 lebih sampai 1.30 pg. 1.45 pg kami pun balik dansampai rumah jam 3.30 pagi. Itulah yang sering terjadi pada kami sekeluarga. biasanya apa yang tak dirancang tu la yang terjadi. Main redah on the spot saja. bayangkan aku pi pakai kain pelekat & baju melayu. Ha.. ha.. ha

CERAMAH MOTIVASI BAHASA ARAB DI SMJ

1. Pada 6 Mei aku diundang menyampaikan ceramah motivasi B.Arab kepada pelajar SMJ Tg. 1-5 di Dewan SMJ. Sebenarnya aku tak pernah bagi ceramah spt ni dan tak ada bahan pun. Aku terima undangan ni untuk mencari pengalaman baru setelah aku mendapat pengalaman memberi ceramah teknik menjawab PMR di Maktab Mahmud bulan lepas. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ceramah yang ku guna bahan yang aku buat sendiri ni memakan masa lebih drpd 2 jam. Alhamdulillah...Tq ustazah Saodah kerana mengundang & tq juga kpd Kuzaimah kerana cadangkan namaku.

BENGKEL BUAT BUKU B.ARAB TG. 1

1. Pada 4 & 5 Mei 2010 aku ke SMA Pekan Gurun untuk siapkan bahan P&P B.Arab Tg 1 yang kami dah buat sejak tahun lepas. Turut sama hadir Lubna, Najwa & Kak Nab. Pada 4 Mei aku pi lewat pkl 12 sebab senak perut. Hari berikutnya aku pi mcm biasa & us Azizan pun turut hadir. Buku ni dah di peringkat akhir untuk disiapkan.

2. Us Azizan minta aku rancang program PMR. Aku cadang suruh panggil Azrulsham mai bg ceramah kpd guru2. Dia pun setuju dan suruh aku uruskan. Azrulsham setuju utk datang pd 3 Julai ni. Tentang bayaran aku belum bincang lagi dengan us Azizan. Nampaknya sekarang tenaga aku diperlukan pula oleh PPDKMY. Tak demi khidmat bakti untuk meningkatkan prestasi B.Arab aku akan cuba buat yang terbaik.

Jumaat, 30 April 2010

PERKHEMAHAN PBSM CABANG YAN

Sejak rabu lalu sampai tengahari ni pelajar2 sek men daerah Yan berkemah di Titi Hayun untuk menjalankan aktiviti2 PBSM dengan dibantu jurulatih2 dr JP3. Sek2 yang turut ambil bahagian ialah SMKAY, SMA FAUZI, SMA SG LIMAU, AN NAHDZAH, SMK GUAR CEMPEDAK, MAKTAB MAHMUD & SMK SG LIMAU. Banyak juga aktiviti yang disusun. Aku kena tidur kat sana 2 malam & terlibat dengan aktiviti kerohanian & junggle tracking. Apa pun tahniah diucapkan kepada semua pelajar & guru yang terlibat kerana menjayakan program ini.

Selasa, 27 April 2010

MAHRAJAN SANAH ULA & PENUTUP TAHBIB LUGHAH

1. Hari ini Panitia B.Arab sekali lagi berjaya menganjurkan program penutup Tahbib Lughah untuk pelajar tingkatan satu. Penutupan program ini telah disempurnakan oleh Us Ismail Yahya dari JPN Kedah.

2. Pelajar2 begitu bersemangat membuat persembahan antaranya lakonan, pentomen, nasyid & kalam jamaie. Berbaloi la dengan raptai yang diadakan 2 hari sejak kelmarin. Penat kami guru2 juga rasanya terbayar dengan persembahan mereka. Insyaallah tahun depan jumpa lagi dengan student lain pula. Syabas Panitia B. Arab.