Sabtu, 18 September 2010

SOS CAP ARNAB & KICAP JENAMA LADAS

1. Selaku muslim kita wajib menjaga urusan pemakanan seharian agar hanya yang benar-benar halal sahaja yang masuk ke dalam perut kita. Al-quran telah meletakkan trademark yang jelas & menarik untuk digunakan oleh pengguna & peniaga muslim yang takutkan Allah iaitu Halalal Toyyiba. Namun apa yang menyedihkan, trademark yang indah ini telah dieksploitasi sepenuhnya oleh syarikat Ayamas daripada kumpulan KFC yang berpengkalan di USA. Kenapa syarikat milik bumiputera muslim tidak terlebih dahulu memplopori trademark ini? Adakah kerana mereka tidak membaca al-Quran @ tidak memahaminya @ tidak tahu ianya ada di dalam al-Quran @ memang tidak peka tentang halal & haram di dalam soal pemakanan.

2. Di sebelah utara ini aku dapati kebanyakan peniaga muslim menggunakan produk sos yang aku sangat benci melihatnya apatah lagi memakannya iaitu sos cap arnab yang solid dibuat oleh cina bukan muslim. Ingin ku ceritakan beberapa pengalamanku dalam usaha untuk mengelakkan peniaga muslim menggunakan produk ini. Ketika aku di SMS Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam, aku telah berjaya menegur tuan yang empunya dewan makan yang menggunakan sos & kicap yang entah apa kejadah jenamanya. Yang pasti ianya buatan cina non muslim. Ku terangkan kepadanya atas dasar tuntutan fardhu kifayah dan kewajipan kita memakan & menyediakan makanan yang bebas daripada unsur haram & syubahat. Katanya masalah utama pembekal muslim ialah mereka hanya mahukan bayaran cash apabila membuat penghantaran barang, sedangkan cina boleh bayar lambat. Cina akan kenakan bayaran lebih & ini tidaklah menjadi masalah kepada pengusaha dewan makan. Apa yang penting katanya dia akan bayar selepas dia dapat bayaran daripada pihak sekolah. Oh begitu ceritanya. Lalu dia meminta tolong daripadaku kalau-kalau ada suplier muslim yang sanggup bekalkan barang dengan bayaran tertunda. Aku pun cari dan alhamdulillah, mungkin niat untuk memastikan para pelajar makan makanan yang suci, ada suplier dari Sg. Lalang sanggup bekalkan dengan terma & syarat yang telah ditetapkan. Selesai satu masalah sampailah kontrak mereka tamat & diambil alih oleh kontraktor yang baru. Aku dapat maklumat yang kontraktor baru menggunakan produk muslim. Alhamdulillah.

3. Seterusnya aku ke salah sebuah kedai yang masyhur dengan kesedapan kari dan masak kicapnya. Apabila ku selidiki mereka gunakan sos cap yang ku benci itu iaitu cap arnab. Aku pun nasihatkan dia agar menukar produk itu. Alhamdulillah dia setuju namun hanya untuk beberapa ketika sahaja. Suatu hari aku terpandang akan adanya kembali sos cap arnab di dalam kedainya. Lalu dia pun jelaskan kepadaku yang ibunya berkata tidak sedap masakannya tanpa gunakan sos cap arnab. Astaghfirullah al-azim. Begitulah cintanya peniaga muslim akan produk yang sah-sah buatan cina bukan islam & sanggup tolak barang orang Islam kononnya tak sedap masakannya. Mereka hanya fikirkan laba dunia walaupun status halalnya diragui. Patutlah hari ini orang Islam semakin bercelaru. Mereka cuai akan perintah Allah tentang trademark HALALAN TOYYIBA. Aku kecewa sekali, tetapi sekurang-kurangnya aku dah jalankan tugasku Ya Allah.

4. Di kampungku pula suatu ketika dahulu ada sebuah kedai menjual bihun sup yang cukup terkenal walaupun tersorok di dalam hutan bakau. Memang sapa pun akan kata supnya sedap termasuk aku. Memang dia kaya ketika itu. Sup tulangnya yang bermula dari RM 2.50 semakin lama semakin mahal hinggalah dinaikkan ke RM 5.00. Bila kuseliki apa punca sedap sangat supnya barulah ku tahu puncanya ialah aji nomoto yang berkandar-kandar di humban ke dalam supnya dan penggunaan sos cap arnab. Cap arnab lagi. Hebat sangatkah sos ini. Memang sos ini ada kelainan dari segi rasanya. Entah menatang apa yang cina tu bubuh sampai orang berniaga tergila-gilakannya bagaikan orang dilamun asmara cinta berapi. Tapi hari ini kedai itu dah bagaikan hidup segan mati tak mau mungkin kerana sikap tamak tuannya & penggunaan bahan yang kurang berkat.

5. Di tamanku pula ada seorang pengusaha katering yang sedap masakannya. Aku pun suka makan. Semua sedap dan dia banyak sponser kenduri kat surau kami. Baru-baru ini aku terjumpa dia di sebuah kedai runcit tempat dia membeli barang. Isteriku ternampak dia membeli sos cap arnab & kicap jenama Ladas. Sos arnab tak perlu dihuraikan lagi, tapi kicap Ladas ini nampak macam produk muslim tapi rupa-rupanya produk orang India pula. Oh kena tipu lagi kita. Memang banyak ku lihat di kedai-kedai makan kicap ini. Kenapalah susah sangat orang Islam nak guna produk jenama al-hikmah, hikam, maju, mudim, adabi dll. Mungkin ada yang kurang sedap tapi takkan semuanya tak sedap. Mungkin juga pengusaha-pengusaha bukan muslim ini ada jampi apa-apa kot dalam sos & kicap mereka. Sama-samalah kita renung & fikirkan. Sesungguhnya setiap yang dimakan oleh anak Adam itu akan menjadi darah dagingnya dan yang lebih penting akan mempengaruhi perangainya. Lihat sahaja perangai pelajar-pelajar hari ini yang semakin mengganas. Adakah ini puncanya?...... Tepuk dadamu & tanyalah imanmu..

3 ulasan:

  1. di sahkan oleh jakim halal. x perlu la nak sentimen sgt. hak masing2. lain lah kalau trrbukti 100% haram

    BalasPadam
    Balasan
    1. sgt setuju dgn penulis..byk lagi produk sos n kicap muslim...utk menjaga perut org islam....belilah yang halal lagi toyyib...bukan yg halal tapi xpasti toyyib.

      Padam