Jumaat, 10 Disember 2010

CERAMAH MAAL HIJRAH 1432

Semalam berlansung ceramah maal Hijrah di surau tamanku yang sangat bagus dan dipuji ceramah itu oleh para hadirin kerana penyampaiannya yang best dan mengandungi isi yang sangat bernas disampaikan oleh Us Mahizan Mat Lazim, juniorku di Ma'had dulu.

2. Beliau banyak menyentuh tentang parenting education dan pengalamannya bekerja sebagai Pegawai Agama Hospital Pulau Pinang, satu jawatan yang baru wujud di zaman Pak Lah tahun 2008 bagi mengurus masalah agama di hospital. Terima kasih Pak Lah. Inilah jasa besar Pak Lah yang baru ku tahu di samping jasanya tak dapat ku lupakan iaitu JQAF. Walau macam mana orang kutuk Pak Lah pun aku tetap pujinya dalam beberapa pembaharuan berkaitan agama yang dilakukannya.

3. Kaum muslimat banyak membantu dalam menyediakan jamuan mee kari dan cucuq udang. Muslimin pula terus seattle khemah sejurus selepas majlis tamat. Muafakat penduduk taman semakin terserlah nampaknya. Program semalam paling berjaya setakat ini. Memang ada improve. Syukur ya Rabb...

TUISYEN INTENSIF SEDANG BERJALAN

1. Alhamdulillah bermula 29 Nov lalu Tuisyen Intensif yang ku impikan akhirnya dapat ku mulakan. pada hari pertama pelajar PMR ada 8 orang sahaja. Tapi hari ni ada 12 orang dan dijangka bertambah lagi pada minggu hadapan. SPM pula mulanya dah jadi 6.

2. Memang syok buat tuisyen time cuti sekolah sebab dapat isi masa yang terluang dan yang lebih penting lagi dapat improve teknik pengajaran yang lebih berkesan agar dapat difahami dengan lebih mudah oleh para pelajar.

3. Alhamdulilah melalui tuisyen ini aku dapat satu formula baru mengajar Nahu menggunakan kaedah Matematik. Inilah yang dinamakan merentas kurikukum. Hasilnya cukup memuaskan. Pelajar yang dulunya kosong sekarang dah berisi hari demi hari. Mungkin inilah cabaran sebagai Guru Cemerlang. Setiap hari mesti ada anjakan ke arah kecemerlangan.

Ahad, 28 November 2010

TUISYEN INTENSIF BAHASA ARAB 2010

Sempena cuti sekolah ini ustaz akan mengadakan kelas tuisyen intensif kepada pelajar tingkatan 1&2 untuk PMR dan tingkatan 4 untuk SPM. Maklumat tuisyen adalah seperti berikut :

- Tarikh : 29 November - 30 Disember 2010

- Masa : PMR 9.00 - 10.30 pagi
SPM 10.45 - 12.15 tgh

- Tempat : Tingkat Atas Kedai Fotostat FITRAH HIKMAH,
Taman Lembah Bujang Indah,(berhampiran MRSM Merbok)

- Yuran : RM 120.00 (boleh dijelaskan secara ansuran)

- Tenaga Pengajar : Ustaz Suhaimi bin Sudin (GC B. Arab)

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 013-4512151 @ 012-5970431

Khamis, 18 November 2010

U-TURN KE AGAMA YAN

Untuk makluman semua khasnya anak murid ustaz kat SMKAY, ustaz akan kembali mengajar di SMKAY tahun depan insyaalllah. Memo pertukaran ustaz dari SMK Khir Johari telah pun dikeluarkan oleh PPDKMY kerana dilantik sebagai GURU CEMERLANG BAHASA ARAB. Surat diterima pada 14 Nov 2010. So, ustaz tak akan ke PPD sebagai pegawai tapi akan menabur jasa & bakti di SMKAY. Yang masih ada di SMKAY, jumpa di sana....

Sabtu, 2 Oktober 2010

KEM INTENSIF BAHASA ARAB (KIBAR) 2010

1. PPDKMY telah mengambil inisiatif untuk membantu pelajar2 PMR B. Arab dengan menganjurkan Kem Intensif B. Arab (Kibar) kepada semua sekolah yang mengambil PMR tahun ini. Kem ini telah dibahagikan kepada 6 zon yang melibatkan beberapa buah sekolah seperti berikut:

1. SMK Agama Yan
2. SMA An-Nahdhah
3. SMK Bt 5, SMK Yan, SMK Sg. Limau & SMK Che Tom di SMK Bt 5
4. SMK Sg. Layar, SMK Khir Johari, SMK Pekula Jaya & SMK Kota K.Muda di SMK Sg. Layar
5. SMK Gurun, SMA Pekan Gurun & SMA Sg. Petani di SMK GUrun
6. SMA Fauzi & SMA Saadah Sg. Limau di SMK Agama Yan

2. Kem ini berlansung dari 20-28 September 2010 yang aku sendiri rancang dan kendalikannya dengan bantuan guru2 sek masing2. Akativiti yang dijalankan ialah explorace, bengkel nahu & bengkel karangan. Secara keseluruhannya mereka kata program ini menarik & pelajar mendapat manfaat daripadanya. Alhamdulillah

Sabtu, 18 September 2010

SOS CAP ARNAB & KICAP JENAMA LADAS

1. Selaku muslim kita wajib menjaga urusan pemakanan seharian agar hanya yang benar-benar halal sahaja yang masuk ke dalam perut kita. Al-quran telah meletakkan trademark yang jelas & menarik untuk digunakan oleh pengguna & peniaga muslim yang takutkan Allah iaitu Halalal Toyyiba. Namun apa yang menyedihkan, trademark yang indah ini telah dieksploitasi sepenuhnya oleh syarikat Ayamas daripada kumpulan KFC yang berpengkalan di USA. Kenapa syarikat milik bumiputera muslim tidak terlebih dahulu memplopori trademark ini? Adakah kerana mereka tidak membaca al-Quran @ tidak memahaminya @ tidak tahu ianya ada di dalam al-Quran @ memang tidak peka tentang halal & haram di dalam soal pemakanan.

2. Di sebelah utara ini aku dapati kebanyakan peniaga muslim menggunakan produk sos yang aku sangat benci melihatnya apatah lagi memakannya iaitu sos cap arnab yang solid dibuat oleh cina bukan muslim. Ingin ku ceritakan beberapa pengalamanku dalam usaha untuk mengelakkan peniaga muslim menggunakan produk ini. Ketika aku di SMS Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam, aku telah berjaya menegur tuan yang empunya dewan makan yang menggunakan sos & kicap yang entah apa kejadah jenamanya. Yang pasti ianya buatan cina non muslim. Ku terangkan kepadanya atas dasar tuntutan fardhu kifayah dan kewajipan kita memakan & menyediakan makanan yang bebas daripada unsur haram & syubahat. Katanya masalah utama pembekal muslim ialah mereka hanya mahukan bayaran cash apabila membuat penghantaran barang, sedangkan cina boleh bayar lambat. Cina akan kenakan bayaran lebih & ini tidaklah menjadi masalah kepada pengusaha dewan makan. Apa yang penting katanya dia akan bayar selepas dia dapat bayaran daripada pihak sekolah. Oh begitu ceritanya. Lalu dia meminta tolong daripadaku kalau-kalau ada suplier muslim yang sanggup bekalkan barang dengan bayaran tertunda. Aku pun cari dan alhamdulillah, mungkin niat untuk memastikan para pelajar makan makanan yang suci, ada suplier dari Sg. Lalang sanggup bekalkan dengan terma & syarat yang telah ditetapkan. Selesai satu masalah sampailah kontrak mereka tamat & diambil alih oleh kontraktor yang baru. Aku dapat maklumat yang kontraktor baru menggunakan produk muslim. Alhamdulillah.

3. Seterusnya aku ke salah sebuah kedai yang masyhur dengan kesedapan kari dan masak kicapnya. Apabila ku selidiki mereka gunakan sos cap yang ku benci itu iaitu cap arnab. Aku pun nasihatkan dia agar menukar produk itu. Alhamdulillah dia setuju namun hanya untuk beberapa ketika sahaja. Suatu hari aku terpandang akan adanya kembali sos cap arnab di dalam kedainya. Lalu dia pun jelaskan kepadaku yang ibunya berkata tidak sedap masakannya tanpa gunakan sos cap arnab. Astaghfirullah al-azim. Begitulah cintanya peniaga muslim akan produk yang sah-sah buatan cina bukan islam & sanggup tolak barang orang Islam kononnya tak sedap masakannya. Mereka hanya fikirkan laba dunia walaupun status halalnya diragui. Patutlah hari ini orang Islam semakin bercelaru. Mereka cuai akan perintah Allah tentang trademark HALALAN TOYYIBA. Aku kecewa sekali, tetapi sekurang-kurangnya aku dah jalankan tugasku Ya Allah.

4. Di kampungku pula suatu ketika dahulu ada sebuah kedai menjual bihun sup yang cukup terkenal walaupun tersorok di dalam hutan bakau. Memang sapa pun akan kata supnya sedap termasuk aku. Memang dia kaya ketika itu. Sup tulangnya yang bermula dari RM 2.50 semakin lama semakin mahal hinggalah dinaikkan ke RM 5.00. Bila kuseliki apa punca sedap sangat supnya barulah ku tahu puncanya ialah aji nomoto yang berkandar-kandar di humban ke dalam supnya dan penggunaan sos cap arnab. Cap arnab lagi. Hebat sangatkah sos ini. Memang sos ini ada kelainan dari segi rasanya. Entah menatang apa yang cina tu bubuh sampai orang berniaga tergila-gilakannya bagaikan orang dilamun asmara cinta berapi. Tapi hari ini kedai itu dah bagaikan hidup segan mati tak mau mungkin kerana sikap tamak tuannya & penggunaan bahan yang kurang berkat.

5. Di tamanku pula ada seorang pengusaha katering yang sedap masakannya. Aku pun suka makan. Semua sedap dan dia banyak sponser kenduri kat surau kami. Baru-baru ini aku terjumpa dia di sebuah kedai runcit tempat dia membeli barang. Isteriku ternampak dia membeli sos cap arnab & kicap jenama Ladas. Sos arnab tak perlu dihuraikan lagi, tapi kicap Ladas ini nampak macam produk muslim tapi rupa-rupanya produk orang India pula. Oh kena tipu lagi kita. Memang banyak ku lihat di kedai-kedai makan kicap ini. Kenapalah susah sangat orang Islam nak guna produk jenama al-hikmah, hikam, maju, mudim, adabi dll. Mungkin ada yang kurang sedap tapi takkan semuanya tak sedap. Mungkin juga pengusaha-pengusaha bukan muslim ini ada jampi apa-apa kot dalam sos & kicap mereka. Sama-samalah kita renung & fikirkan. Sesungguhnya setiap yang dimakan oleh anak Adam itu akan menjadi darah dagingnya dan yang lebih penting akan mempengaruhi perangainya. Lihat sahaja perangai pelajar-pelajar hari ini yang semakin mengganas. Adakah ini puncanya?...... Tepuk dadamu & tanyalah imanmu..

Jumaat, 17 September 2010

BILA USTAZAH JADI CIKGU & CIKGU JADI USTAZAH

1. Apabila aku menjejakkan kaki ke SMK Khir Johari aku dapati ramai guru wanita bertudung labuh. Lalu ku tertanya-tanya adakah mereka itu semuanya ustazah? Bila kuselidiki bilangan ustazah, tak ramai mana pun. Apabila lalu di depanku seorang guru yang bertudung labuh, aku pun bertanya kawan-kawanku, adakah dia ustazah? lalu jawab mereka, bukan. Mereka pun memberitahu cikgu tadi yang aku kata dia tu macam ustazah. Cikgu tadi berkata 'alhamdulillah'. Sejuk hati mendengar.

2. Suatu hari aku didatangi oleh seorang guru yang bertudung biasa, jarang pula tu, bermulut merah lagi. Dia memberitahuku tentang program bacaan al-quran kepada pelajar2 SMKKJ. Selepas itu aku pun bertanya kawan-kawanku, adakah itu ustazah? jawab mereka, ya. Mereka sendiri terus buat ulasan lebih kurang seperti ini : " kadang-kadang tak dapat nak bezakan antara ustazah dan cikgu ". Aku akur dengan ulasan mereka. Tahulah aku bahawa si fulan itu seorang ustazah.

3. Suatu hari ku terserempak dengan seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang dah agak lama ku kenali, kebetulan tinggal setaman denganku. Jumpanya pula kat kedai. Aku terkejut bangat apabila ku lihat dia mengenakan t-shirt ala muda mudi kini dan seluar yang tidak longgar. Aduh terhiris rasanya hati ini. Sebelum ni jumpa dia berpakaian baju kurung macam ustazah lain pakai juga. Aduh rupanya sebahagian ustazah hari ini diselubungi penyakit hipokrit @ nifaq. Di depan lain, belakangnya pula lain. Aku tertanya sendirian, bagaimanakah mereka mengajar anak murid mereka tentang akhlak & hukum? Rasanya tidak keterlaluan kot kalau aku katakan di sini bahawa salah satu punca tidak masuknya ilmu di dalam jiwa para pelajar kerana tidak tulusnya jiwa seorang pendidik seperti situasi yang ku paparkan di atas. Oh ustaz & ustazah, muhasabahlah kamu sebelum Allah menghisab amalanmu.

4. Baru-baru ni aku berbual dengan rakanku, Us Rosli SMKAY. Kami berbual tentang masalah ketidak menjadian pelajar-pelajar SABK. Katanya Us Sazali, pengetua SABK Fauzi ada berkata kepadanya bahawa ustaz ustazah hari apabila datang ke pejabat, mereka lebih gemar berbicara soal DG mereka daripada bertanya apa yang mereka boleh sumbangkan kepada pelajar. Oh begitu rupanya. Sedih & amat menyedihkan. Ku yakin di SABK lain pun keadaannya sama juga. Dulu waktu mereka susah, keikhlasanlah yang terpancar di wajah masing-masing. Namun setelah senang, mereka lebih gemar berbicara tentang kereta, rumah dll. Apa la nak jadi dengan sekolah agama hari ni. Banyak ku kenali watak & perwatakan pelajar-pelajar sekolah SABK setelah aku berceramah di sekolah mereka. Sebahagian guru tidak menunjukkan minat untuk menambah ilmu & kemahiran dalam P&P. Mereka hanya tahu menyalak kepada pelajar setiap kali merosotnya keputusan peperiksaan. Sesungguhnya pelajar SABK masih mempunyai cahaya walaupun dicelah-celah kegelapan berbanding pelajar-pelajar sekolah menengah harian. Oh ustaz & ustazah, sedarlah di mana tempat dudukmu sekarang.....

Khamis, 16 September 2010

ANAK PEREMPUAN PEMBUNUH KARAKTOR SI BAPA

1. Setiap kali ke majlis kenduri kahwin kita akan memerhatikan asam garam perilaku tuan yang empunya rumah termasuklah saudara maraku sendiri. Bermacam ragam yang ada. Ada yang menyejukkan hati tetapi tersangat banyak yang melukakan hati apabila syariat Allah ternoda pada hari tersebut dengan perkara-perkara berunsur maksiat dan lagha.

2. Hari ini aku pi makan kenduri di Sik yang dikategorikan sebagai kawasan Hulu di Kedah suatu ketika dulu. Tapi dari segi fizikalnya Sik dah mengalami transformasi infrastruktur yang hebat, namun mentaliti sebahagian anak mudanya masih lagi kehuluan apabila kenduri kahwin mereka dihiasi dengan dentuman mercun bola yang bunyinya bagaikan ledakan sebutir bom. Ini bukan pertama kali ku dengar dan ku lihat, bahkan acap kali aku bertandang ke rumah kenduri di Sik, itulah yang sering terjadi. Aduhai orang Sik!!!!!! Aku tidak akan terkejut andainya suatu hari nanti akhbar Metro akan paparkan tajuk utamanya " MERCUN BOLA MEMBUNUH SI TUA YANG SEDANG MENJAMU SELERA " lantaran si tua itu ada padanya sakit jantung.

3. Si bapa yang juga tuan yang empunya kenduri hari ini juga saudara maraku. Ku kenali dia seorang yang rajin menadah kitab ke sana ke mari, berguru dengan sheh itu & sheh ini, rajin ke masjid untuk berjemaah, orang PAS pula tu. Kekadang orang UMNO pun tak samapai macam tu. Itu yang ku kenal. Maka dengan sebab itu aku penuhi undangannya. Namun satu kejutan besar bagiku hari ini apabila anak perempuannya yang juga raja sehari pada hari ini telah menonjolkan dirinya di khalayak ramai tak tumpah seperti seorang artis yang sedang mencari publisiti murahan di hadapan kamera untuk dipampangkan di dada-dada akhbar. Malunya aku, namun aku tidak pasti sama ada si bapa dan isterinya malu dengan pakaian ala berkemban anaknya itu, ataupun mereka berbangga dapat pertontonkan pelakon utama di panggung teater kepada audien yang hadir pada hari ini. Mahu saja aku cabut ketayap yang bersemayam di atas kepala si bapa dan tudung yang melitupi maruah si ibu. Oh dunia, ingin kiamatkah kamu ???

4. Sesungguhnya saban tahun kita dihidangkan dengan pengkisahan semula roadtour nabi di dalam isra' & mi'raj. Malangnya sebahagian ketua keluarga yang bergelar suami & bapa hanya terhibur dengan ceritanya sahaja tanpa mempedulikan 'ibrahnya cerita itu. Isteri dan anak perempuan mereka masih dibiarkan tidak memelihara aurat yang merupakan maruah mereka. Memang tepatlah mutiara kata nabi tentang wanita-wanita akhir zaman ini yang bertelanjang dalam berpakaian, yang mana mereka tidak mencium bau syurga Allah 'Azza wa Jalla. Takutlah akan Allah wahai kaum wanita. Tidak tesentuhkah dirimu dengan gambaran wanita-wanita yang digantung rambut mereka di dalam neraka. Takutlah akan Allah juga wahai si suami dan bapa! Siapa tahu di saat kamu hendak melangkah masuk ke syurga nanti ,tiba-tiba kakimu ditarik oleh anak isterimu keranan kamu tidak menegur mereka di dunia dahulu tentang aurat & pakaian mereka. Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada azab api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu bata.

Rabu, 8 September 2010

RAMADHAN & SYAWAL

1. Dah lama benar aku tak menulis kat blog ni. Sibuk satu bab dan malas satu bab. Sibuk kerana aku tengah pulun nak siapkan buku Zad al Imtiyaz tg 2 sebelum mula menulis utk tingkatan 3. Aku amat berharap buku ini dapat dicetak sebelum masuk tahun baru 2011. Ya Allah kuatkanlah semangatku dan berikanlah ilham dan idea2 baru untuk aku mantapkan lagi persembahan dalam bukuku. Ini buku pertama yang kutulis secara solo. 2 buku lagi akan berada di pasaran juga adalah tulisan bersama2 sahabat2ku yang ringan tangan mereka menggerakkan pena dengan tinta2 emas mereka. Sesungguhnya ilmu Allah itu amat luas apabila kita mula mengkajinya...

2. Ramadhan kali ini adalah tahun kedua aku di rumah baruku di Taman Lembah Bujang Indah. Seronok tahun ini kami dapat tunaikan terawih di surau kami Surau al-Iman. Alhamdulillah sambutannya amat menggalakkan. Penuh surau setiap malam yang diceriakan lagi dengan jamuan moreh saban malam dan sekali sekala jamuan Iftar Jamaie. Insyaalah kami akan tunaikan solat Eidulfitri untuk pertama kalinya di surau yang kami cintai ini dengan didahulukan pada malam rayanya dengan program takbir dan jamuan sate.

3. Ramadhan kali ini juga agak menyedihkan sedikit kerana isteriku 2 kali terpaksa bermalam di wad Hospital Sultan Abdul Halim. Terpahat juga kenangan aku bawa anak2 berbuka di wad hospital. Nasib baik misi2 tu tak hambat kami. Tak apalah inikan dugaan namanya. Tapi alhamdulillah isteriku dah kembali sihat walafiat.

4. Tahun ni kami hanya berbuka 2 kali di rumah ibuku, sekali di rumah mertuaku, sekali kat rumah Lia, 3 kali kat surau, sekali kat kedai dan selebihnya kat rumah aje. maklumlah tahun ni aku bayak kena jadi imam terawih kat surau, jadi kena lebih masa kat rumah sebab kena prepare tazkirah lagi yang kami buat tiap2 malam selepas terawih.

5. Syawal tahun ni serba sederhana buat kami sekeluarga kerana isteriku pun kurang sihat. So ala kadar ajalah. Aku menunggu ketibaan anak2 muridku yang sedang plan nak mai raya kat rumahku tahun ni. Inilah kelebihan menjadi seorang guru kerana dia akan kaya dengan ANAK MURIDNYA. Ahlan wasahlan buat kalian.

Isnin, 19 Julai 2010

CERAMAH PMR 2010

Sekarang demam exam PMR dah bermula. Tahun format baru dilaksanakan. Aku pun tak ketinggalan diundang berceramah ke sana sini. Berikut jadual ceramahku :

1. INTERAKSI CONSULTANT DI MRSM PENDANG .... 10 Julai 2010
2. SMA AL-ISLAH............................. 11 Julai 2010
3. MAKTAB MAHMUD KULIM...................... 11 Julai 2010
4. MAKTAB MAHMUD PENDANG.................... 15 Julai 2010
5. INTERAKSI CONSULTANT..................... 17 Julai 2010
6. SMA SUNGAI PETANI........................ 23 Julai 2010
7. INTERAKSI CONSULTANT DI MRSM PENDANG..... 24 Julai 2010
8. SMK AGAMA ARAU........................... 24 Julai 2010
9. SMA ISLAHIAH KULIM....................... 25 Julai 2010
10.SMK KHIR JOHARI.......................... 27 Julai 2010
11.SMA FAUZI DI PUTERI AYU CHALET........... 28 Julai 2010
12.SMK TUNKU ABDUL RAHMAN, MERGONG.......... 30 Julai 2010
13.INTERAKSI CONSULTANT DI UUM SINTOK....... 31 Julai 2010
14.SMK BATU 5 GURUN......................... 1 Ogos 2010
15.SMK AGAMA YAN............................ 3 Ogos 2010
16.SMA DARUSSAADAH TITI BESI. .............. 4 Ogos 2010
17.SMK HOSBA................................ 4 Ogos 2010
18.SMK PULAU TUBA........................... 5 Ogos 2010
19.MAKTAB MAHMUD LANGKAWI................... 6 Ogos 2010
20.SMA SAADAH DINIAH........................ 6 Ogos 2010
21.INTERAKSI CONSULTANT DI LAGUNA MERBOK.... 7 Ogos 2010
22.SMK SUNGAI LAYAR......................... 9 Ogos 2010
23.SMA AD-DINIAH JELUTONG, CHANGKAT JERING.. 10 Ogos 2010
24.SMA TAUFIQIAH, PONDOK PAK YA............. 29 Ogos 2010

Selasa, 22 Jun 2010

KHIR JOHARI OH KHIR JOHARI

1. Hari ni hari ketiga aku di SMK Khir Johari sebagai penumpang sebelum bahteraku terus belayar ke destinasi seterusnya. Pagi Ahad lalu setibanya aku di SMKKJ aku bertemu dengan PK 1 yang sudah maklum akan status aku di sini. Aku tak diberi jadual waktu, tak perlu menulis buku rekod mengajar dan hanya relief cg yang tak hadir saja. Sekolah ni memang padat dengan pelajar & guru. Tempat duduk aku pun tak dak. Itulah gambaran betapa padatnya sekolah ini yang muridnya lebih 2000 org dan gurunya lebih kurang 150 org. Hari aku juga dapat saksikan gelagat pelajar sekolah harian menghadiri perhimpunan pagi. Suasana yang sungguh berbeza dengan SBPIKP & SMKAY. ketika salah seorang guru berucap tentang pergaduhan sebelum cuti sekolah yang lalu, inilah antara ayat yang kali pertama ku dengar secara rasmi di dalam perhimpunan. Katanya: "Perangai hodoh macam PELAQ lagi". Di hadapan pengetua pula tu. Aku pun dapat rasakan yang cg2 kat sini memang tak larat sabar dengan budak2 kat sini. Itulah namanya pengalaman.

2. Hari kedua kehadiranku diiringi dengan tangisan langit sepanjang hari. Satu kejadian mengejutkan aku apabila seorang budak India jatuh dari atas bumbung ke bawah. Katanya ingin ambil dompet. Bumbung tu hanya abestos yang nipis dan menjadi semakin rapuh apabila kena hujan & panas. Bunyi jatuhnya budak itu bagaikan dentuman guruh di langit. terkejut habis semua orang kat bilik guru. Budak tu cedera tak teruk dan sempat cg2 India cover dia. Rupa2nya hubungan cg2 melayu & bIndia kat sini memang tak ngam. Hanya manis di depan, di belakang pakat lawan kutuk. "kalau budak India, biar pi, padan muka dia". Itulah salah satu ayat yang sempat aku dengar daripada seorang guru. Oh begitu rupanya keadaan di sini.

3. Hari ketiga ku dengar seawal pagi seorang guru disiplin dah mula belasah seorang budak India kerana sisyaki curi jam tangan anaknya. Dia memang kenal jam tu sebab ada tanda calar padanya. Dia dengan us Rozi dok perosah budak tu. Penampar perkara biasa la kat sini. Tapi budak India tu tetap tak mengaku. Ketegar betul. Masyaallah aku sekali menggelengkan kepala dengan situasi2 spt ini yang tak pernah ku jumpa sebelum ini. Sungguh sabar cg2 kat sini.

4. Hari ni juga aku kena relief kelas yang katanya mcm gengster. Mungkin benar juga cakap depa. Cg library pun tak bagi bawa depa masuk kat situ. Katanya tak boleh control. 2 masa aku bersembang dengan depa. Depa boleh ajar aku macam mana nak curi motor, nak buka pad lock dll. Banyak juga ilmu yang ku dapat. Hebat betul SMKKJ. Esok entahlah apa lagi yang akan aku temui.......

5. Sambung lagi hari ke 4. Hari lebih mengejutkan apabila Sir Azman seorang guru disiplin yang dedikasi telah dipukul oleh si bapa kepada pelajar India yang dituduh curi jam kelmarin. Berdarah dahi cg Man. Di balai polis dia pengsan lalu dihantar ke wad kecemasan. Mungkin sebab banyak pendarahan. Kami mengesyaki yang bapa India ni memang dah tarok cincin baguih punya kat jari dia. Kesian inilah harga yang perlu dibayar oleh seorang guru disiplin. Sedih lagi menyedihkan. Nasib baik tak ada pergaduhan kat luar sekolah.

6. Hari ke 5. Pagi ni ada perhimpunan khas. Pengetua berucap. Bukan main punya marah dia hari ni. Semalam dia kata tak boleh tidoq mengenangkan sejarah hitam yang telah melanda SMKKJ dan sepanjang perkhidmatannya. Dia pun warning agar jangan ada masalah disiplin hari ni. Kalau tak dia akan bagi PENAMPAQQQ. Boleh tahan juga sheh ni. Cg Azman pun dah mai sekolah hari ni. Sabar la Man & kuatkan semangat. Minggu depan aku akan pi sekolah sehari saja pada hari Selasa sebab kena keluar. Aman sikit.

7. Hari ke 6. Aku ke sekolah seperti biasa walaupun semangat ku sudah luntur dek angkara birokrasi ke PPD. Namun apa boleh buat sebagai penjawat awam aku terpaksa akur. Hari ni kena relief tg 3. yang syoknya 4 waktu direct. Apa ke punya jadual la sampai berderet cg kena ngajar. Depa kata yang 6 direct pun ada. Kesian cg2 kat sini. Aku juga baca keratan akhbar metro hari jumaat pasai Man kena tumbuk tempohari. Siap ada gambar lagi. Sekolah nampak aman sikit. Kemarin ada juga budak bertumbuk kat padang, cerita cg2 kepadaku. La ni aku buat tak peduli saja. Masuk kelas relief bawa laptop & buat kerja aku. Esok aku ke PKG Sik & lusa ke JPN. Yahooo tak pi sekolah.

Selasa, 15 Jun 2010

CUTI-CUTI MALAYSIA

Cuti sekolah tiba lagi. Rasanya ini cuti sekolah terakhir buatku sebelum aku bertukar kerjaya daripada seorang guru kepada seorang pekerja pejabat. Aku pun ambil kesempatan ini untuk bawa famili makan angin. Duit tak berapa ada juga sebenarnya. Memandangkan lepas ni aku dah tak ada cuti sekolah dah aku gagahi juga. Setakat mana yang ada saja la.

2. Kami mulakan perrcutian pada 9 Jun hari rabu jam 6.30 pagi terus menuju ke Sabak Bernam. Jam 12 kami sampai rumah Wak Dol. Rasanya dah 5 tahun tak jumpa Wak. Dia pun sudah uzur, tak larat berjalan. Wak Bada masih steady lagi. Rumah Wak kembali semak. Dah tak macam kami duduk dulu. Waktu ni teringat balik kat Bakri, Mat Yi, Kamal dan Bong. Wak jamu kami makan burung puyuh goreng. Sedap juga. Dah lama tak makan masakan Jawa.

3. Pukul 2.30 kami keluar dari rumah Wak dan pergi rumag Kak Saniah yang sedang membela ibunya yang lumpuh. Dia macam seadanya. Tetap ceria. Lepas tu kami pi cari Kak Ani yang sedang bekerja di kilang kuih & biskut. kak Ani tetap dengan kerajinannya & tak tahu duduk diam. Lepas tu ke rumah Wak Rom. Mula2 dia tak perasan kami. maklumlah dah lama tak jumpa. Bila dah ingat barulah dia gelak kuat. Kemudian pi pula rumah Lek Jami tapi sayangnya dia tak ada kat rumah.

4. Destinasi seterusnya ialah rumah Pak Sheh kat Sg. Merab, Bangi. Kami bermalam kat sini. anak2 pun suka main kat sini dengan anak2 dia. Rumah pun besar, selesalah. seterusnya kami melawat Putrajaya jam 10. Sampai kat masjid aku pun terus mencari ustaz Manap. Dengan tak disangka2 terjumpa pula dengan ustaz Saleh. bagai pucuk dicita ulam mendatang. Dah hampir 12 tahun tak jumpa. Dia ajak ke rumah dia dan kami maan tengahari kat sana.

5. Perjalan kami diteruskan lagi ke rumah Long di Seremban. Tersesat juga sebelum sampai kat sana. Maklumlah masuk dalam pekan Seremban yang sesak. Mujurlah ada GPS, sampai juga akhirnya. Keesokannya kami terus ke Melaka. Mula2 naik bot pusing sungai Melaka. Lepas tu pi makan dan beli buah tangan buat orang Kedah. Boleh la sorang satu. Kemudian naik kapal portugis, naik beca keliling bandar Melaka. sempatlah naik A Farmosa & last sekali ke Zoo Melaka. Malam baru sampai rumah Long. Melaka best untuk dilawati. kalau 2 hari baru boleh pi semua tempat.

6. Keesokannya kami ke Port Dickson bawa anak2 mandi. Sebelum tu sempat singgah rumah jiran lama Taman Bujang, Shukri & Siti Zainab. Depa pun joint sekali ke pantai PD. Lepas PD kami ke Shah Alam. Silap keluar tol kami terlajak sampai ke bangi & terpaksa patah balik. Mulanya nak ke rumah Cik Mah dulu tut2 samapai rumah Lang naik h.way baru. Kat sana dan la tengok Kak Cik yang baru bersalin anak ketiga. Memandangkan Nain ada waktu tu aku pun suruh dia jadi tourist guide ke rumah Cik Mah. Susah rupanya nak pi jalan Kebun ni. Akhirnya sampai juga rumah Cik.

7. Hari Ahad jam 9 pagi kami pun bergerak pulang ke Kedah ikut juga jalan Sabak Bernam juga. Sempat lagi singgah kat Sg Besar beli kain baju raya siap2. Kami sampai di Bujang jam 5 petang dan terus pi makan kenduri di rumah Et Husin. Itulah catatan pengembaraan kami kali ini.

Khamis, 3 Jun 2010

DARI SMKA YAN KE SMK KHIR JOHARI DAN INGIN KE..........

1. Dah lama benar rasanya tak menulis kat blog ni. Maklumlah kerja banyak. Baru habis marking kertas exam. Esok mula cuti 2 minggu bolehlah rehat sikit. Namun kenduri berlambak2 menanti. Cadang2 tu nak bawa anak2 ke Melaka cuti ni insyaallah.

2. Hari ni aku terima surat arahan bertukar ke SMK Khir Johari sebagai transit sebelum bertugas di PPD Kuala Muda Yan. Nampaknya tugas aku sebagai guru secara rasminya selama 9 tahun 5 bulan bemula tahun 2001 di SMS Tun Syed Sheh Shahabudin. Lepas ni aku menanti pula memo untuk ke PPDKMY. Hari ni juga aku melapor diri SMKKJ yang serabut pada pandangan mataku. Tapi tak apa aku nak dok sat saja. Sabarlah...

3. Lepas ni entahlah ke mana lagi nak ditukarkan. Walau apa pun demi mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga aku tak kisah. Inilah catatan pengembaraanku dari SMSTSSS....SBPIKP....SMKAY....SMKKJ.... insyaallah ke ....PPDKMY selepas ini.

4. Terima kasih SMKAY kerana memberi layanan istimewa kepadaku. Aku selesa bertugas di sana. Ku abadikan di sini segunung penghargaan dan terima kasih kepada pelajar2 yang merupakan peminat setiaku khususnya 5 Fatonah, 4 Amanah, 4 Hasanah, 4 Rahmah, 1 Hasanah & 1 Mawaddah. Kalian tetap dalam ingatan. Muchas Gracias, Bohot Shukriya...Akhir kata KAMU JANGAN NAKAL...

Sabtu, 8 Mei 2010

MANDI DI KOLAM AIR PANAS ULU LEGONG

Semalam dalam perjalanan ke Bukit Mertajam untuk mengajar B.Arab tiba2 dapat idea untuk bawa anak2 mandi air panas kat Legong. Apa lagi meloncatlah kedua2 anak ku. masalahnya kami gtak baju utk mandi. Dah nak pi sangat kami bertolak ke Kulim dulu lps kelas untuk beli seluar mandi Ikram & Muna. Sampai kat Giant pukul 10 mlm & Giant dah tutup. Kedai lain pun tak dak yang buka. Tawakkal sajalah harap2 ada seluar kat Legong. nak jadi rezeki Ikram seluar dia ada. Mandilah anak2ku dari pukul 12 lebih sampai 1.30 pg. 1.45 pg kami pun balik dansampai rumah jam 3.30 pagi. Itulah yang sering terjadi pada kami sekeluarga. biasanya apa yang tak dirancang tu la yang terjadi. Main redah on the spot saja. bayangkan aku pi pakai kain pelekat & baju melayu. Ha.. ha.. ha

CERAMAH MOTIVASI BAHASA ARAB DI SMJ

1. Pada 6 Mei aku diundang menyampaikan ceramah motivasi B.Arab kepada pelajar SMJ Tg. 1-5 di Dewan SMJ. Sebenarnya aku tak pernah bagi ceramah spt ni dan tak ada bahan pun. Aku terima undangan ni untuk mencari pengalaman baru setelah aku mendapat pengalaman memberi ceramah teknik menjawab PMR di Maktab Mahmud bulan lepas. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ceramah yang ku guna bahan yang aku buat sendiri ni memakan masa lebih drpd 2 jam. Alhamdulillah...Tq ustazah Saodah kerana mengundang & tq juga kpd Kuzaimah kerana cadangkan namaku.

BENGKEL BUAT BUKU B.ARAB TG. 1

1. Pada 4 & 5 Mei 2010 aku ke SMA Pekan Gurun untuk siapkan bahan P&P B.Arab Tg 1 yang kami dah buat sejak tahun lepas. Turut sama hadir Lubna, Najwa & Kak Nab. Pada 4 Mei aku pi lewat pkl 12 sebab senak perut. Hari berikutnya aku pi mcm biasa & us Azizan pun turut hadir. Buku ni dah di peringkat akhir untuk disiapkan.

2. Us Azizan minta aku rancang program PMR. Aku cadang suruh panggil Azrulsham mai bg ceramah kpd guru2. Dia pun setuju dan suruh aku uruskan. Azrulsham setuju utk datang pd 3 Julai ni. Tentang bayaran aku belum bincang lagi dengan us Azizan. Nampaknya sekarang tenaga aku diperlukan pula oleh PPDKMY. Tak demi khidmat bakti untuk meningkatkan prestasi B.Arab aku akan cuba buat yang terbaik.

Jumaat, 30 April 2010

PERKHEMAHAN PBSM CABANG YAN

Sejak rabu lalu sampai tengahari ni pelajar2 sek men daerah Yan berkemah di Titi Hayun untuk menjalankan aktiviti2 PBSM dengan dibantu jurulatih2 dr JP3. Sek2 yang turut ambil bahagian ialah SMKAY, SMA FAUZI, SMA SG LIMAU, AN NAHDZAH, SMK GUAR CEMPEDAK, MAKTAB MAHMUD & SMK SG LIMAU. Banyak juga aktiviti yang disusun. Aku kena tidur kat sana 2 malam & terlibat dengan aktiviti kerohanian & junggle tracking. Apa pun tahniah diucapkan kepada semua pelajar & guru yang terlibat kerana menjayakan program ini.

Selasa, 27 April 2010

MAHRAJAN SANAH ULA & PENUTUP TAHBIB LUGHAH

1. Hari ini Panitia B.Arab sekali lagi berjaya menganjurkan program penutup Tahbib Lughah untuk pelajar tingkatan satu. Penutupan program ini telah disempurnakan oleh Us Ismail Yahya dari JPN Kedah.

2. Pelajar2 begitu bersemangat membuat persembahan antaranya lakonan, pentomen, nasyid & kalam jamaie. Berbaloi la dengan raptai yang diadakan 2 hari sejak kelmarin. Penat kami guru2 juga rasanya terbayar dengan persembahan mereka. Insyaallah tahun depan jumpa lagi dengan student lain pula. Syabas Panitia B. Arab.

Jumaat, 23 April 2010

CERAMAH PMR DI MAKTAB MAHMUD PENDANG

1. Hari ini aku diundang oleh Us Shauki untuk menyampaikan ceramah tentang teknik menjawab soalan PMR kepada pelajar2nya. Sebenarnya aku tak ada pengalaman dalam hal ini. Tapi oleh kerana aku dipaksa oleh Shauki dan dia pula adalah kenalanku di Ma;had dulu maka aku terpaksa terima. Inilah yang dikatakan kawan, susah nak tolak. Lagipun dia pernah pi bagi ceramah SPM dulu di SBPIKP. Ustaz Lutfi dan Kak Su pula ada di situ.

2. Apapun terima kasih yang tak terhingga kepada Razak yang sudi bagi powerpointnya kepada ku melalui email. Tahun lepas aku langsung tak fotostat apa2 bahan untuk ceramah tahun ni. Maklumlah semangat dengan format baru tahun ni. Tut2 tak jadi. Razak memang boleh buat kawan sebab tak kedekut macam juga Azrulsham yang pemurah. Tapi ada juga yang agak kedekut nak bagi bahan yang depa buat tapi bahan orang depa mau. Inilah hakikat yang terpaksa kita terima dalam bersahabat. Tak semua orang akan fikir dan bertindak macam kita. Syukran sekali lagi Razak.

MEE MAGGI SEDAP DIMAKAN TAPI........

Jauhi mi segera elak penyakit kronik: CAP

GEORGETOWN - Senang didapati, mudah disediakan pada bila-bila masa dan harga murah antara faktor mi segera menjadi pilihan khususnya pelajar apabila lapar di waktu malam ketika mengulang kaji pelajaran.

Bagaimanapun, masih ramai yang tidak menyedari makanan segera ini boleh memudaratkan kesihatan dan kajian mendapati ia boleh menyebabkan penggemarnya mendapat pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan kanser.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, kajian CAP ke atas 10 sampel mi segera mendapati tiga daripadanya mengandungi natrium melebihi 1,000 miligram sedangkan saranan untuk orang dewasa dan kanak-kanak berusia empat tahun adalah 2,400 miligram sehari.

“Pengambilan mi segera boleh menyebabkan pengambilan garam yang berlebihan kerana natrium sering ditambah dalam makanan harian kita dan mi segera adalah makanan yang menjalani pelbagai peringkat pemprosesan tanpa sebarang khasiat makanan.

“Mi segera adalah makanan remeh yang mengandungi karbohidrat, natrium dan pelbagai penambah perisa selain rendah khasiat seperti serat, vitamin dan galian. Perisa sup juga mengandungi ‘Monosodium Glutamate’ (MSG) yang berperanan menjadikan perisanya benar-benar tulen,” katanya pada sidang media semalam.

Ahad, 18 April 2010

JST

Apa itu JST. Ia adalah satu virus yang sedang melanda pelajar2 SMKA Yan. Ianya telah disebut oleh PK di dalam perhimpunan pagi tadi. Penyakit ini boleh membantutkan kecemerlangan akademik yang ingin digapai oleh pelajar selama mereka berada di sini. JST ialah JERIT, SEMBANG & TIDUR. Inilah sindrom yang sedang melanda pelajar di SMKAY. Moga pelajar sedar dan cuba bina hala tuju akademik yang jelas untuk menuju ke menara gading.
2. Sesungguhnya majoriti pelajar SMKAY masih teraba2 mencari arah tuju dan mereka memerlukan dorongan, sokongan, galakan dan motivasi untuk menambah keyakinan diri lantaran mampu berdikari dalam usaha membina budaya kecemrlangan di sekolah ini.

Jumaat, 16 April 2010

SBPIKP OH SBPIKP.....BERPISAH TIADA..

Kelmarin sempena cuti peristiwa sukan sekolah, aku mengambil kesempatan untuk ke Sbpikp lantaran dah ke Naza Anggun, Alor Star. Terubatlah rinduku pada sekolah yang walaupun singkat jodohnya denganku namun terlalu banyak kisah suka & dukaku di sana. Gembira tak terkata dapat jumpa kawan2 lama yang memang sangat sporting. Gembira juga dapat jumpa anak2 didikku espc AJK2 Koop yang telah ku bina kembali selepas ia hampir rebah menyembah bumi suatu ketika dulu. Oh bulan..... oh bintang, dengarlah rintihanku. Walau bagaimana pun aku dah berikan yang terbaik dan termampu untuk sekolah ini. Merekalah yang perlu teruskan perjuangan ini.

Nampak gayanya sekolah ini semakin baik, aman dan terurus dengan pengetua yang baru ini. Moga mereka dapat bekerja dengan penuh dedikasi, berintegriti dan saling bertoleransi dalam usaha menabur budi dan bakti.

Kepada Cg Aisyah & Dalina terima ksih ku ucapkan kerana sudi makan dengan kami sekeluarga kat kedai kepala simpang tu walau pun tak berapa sedap.TQ sekali lagi.

Ust Rokiah berjaya menyambung peninggalan ku dalam BAT dengan baik sekali disamping orang kuat BAT kat sana, Us Suhaimi Ghani.

Anis, Bedah, Kinah pun semua dah kahwin. Ada yang dah beranak pun. Aku tumpang gembira dengan perkembangan positif ini dan ku doakannya berkekalan selamanya.

Koop pula semakin ceria dan segar bugar. Tahniah Ef kerana teruskan kecemerlangan Koop kita. Koop kini tetap meniti di bibir student2 kita yang telah keluar dari SBPIKP. Moga ia terus menjadi sebutan.......... Tapi sayang aku terlupa nak ambik gambar terbaru sbpikp & Koop sebab kalut2... Itulah SBPIKP dan aku berpisah tiada.

TAHNIAH WAHAI ANAK2 DIDIKKU


Sekalung tahniah kepada student2 yang berjaya ke menara gading espc yang berjaya ke timur tengah & lebih2 lagi ke Jordan tempat us menimba ilmu suatu ketika dulu. Tempat yang penuh dengan kenangan sepanjang zaman. TQ Talhah Alkhair sbb jadi orang pertama hubungi us untuk berita gembira ini. Tahniah, tahniah & tahniah............

HUNAIN OH HUNAIN........BAGAIKAN KALAH PERANG RASANYA

Tanggal 14 April lalu ternoktahlah sudah ayat ini "Hunain kalah lagi tahun ini". Apa la malang.........kalah teruk pula tu , hanya 3 emas sahaja. Dulu di Sbpikp aku dapat rumah yang kuat iaitu rumah Ali. Seringkali jadi juara. Apakan daya. Tapi tak apa wahai tentera2 Hunain. Tahun depan kita pulun habis2an.......Tunggu Khaibar, Hunain akan bangkit tahun depan.

Khamis, 8 April 2010

ROTI HIGH 5










Lihat & fikir....... inilah rakan kongsi Tabung Haji

Rabu, 7 April 2010

KURSUS PENDEDAHAN FORMAT BARU PMR 2010


1. Pada 5-7 April JU2 diseluruh negara dijemput menghadiri kursus format baru PMR. kami rombongan dari Kedah pergi seramai 6 orang iaitu K.Anuar, Razak, Nik Imran,Us Tohir, aku & Yusra. Kami ber5 naik Avanza Khairul & yusra naik bas

2. Apa yang malang dlm mesy ini ialah format baru PMR masih tidak dapat direalisasikan kerana perbalahan yang masih tak selesai antara BPK & LPM. BPK tak setuju debgan LPM sebab masih ada soalan BM tapi LPM nak pertahan juga utk menguji tahap pemahaman pelajar. Akhirnya KPPM minta perkara ini diselesaikan di luar sehingga ada keputusan tetap.

3. Aku tak kisah nak pakai yang baru @ lama. Masalah pelajar & guru nak tunggu sampai bila. Bukan senang nak dapat sain KPPM sebab terpaksa memalui protokol2 yang berlapis2.

4 Akhirnya kursus ini hanyalah sekadar satu pembaziran kerana tiada kata putus. Aku cadangkan masukkan saja ke METRO. Insyaallah 2 hari selesai.......

Isnin, 5 April 2010

HADITH PILIHAN: MIMPI YG BURUK

عن أبي قتادة رضي الله عنه قال: قال النبي (ص): الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ، وفي رواية : الرؤيا الحَسَنَةُ مِنَ الله، والحُلْمُ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَمَنْ رَأَى شَيْئًا يَكْرَهُهُ فَلْيَنْفُثْ عَنْ شِمَالِهِ ثَلاَثًا، وَلْيَتَعَوَّذْ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ. متفق عليه......... والنَّفَثُ: نَفْخٌ لَطِيْفٌ لا رِيْقَ مَعَهُ

Maksudnya: Drpd Abu Qatadah RA katanya: Baginda nabi SAW bersabda: Mimpi yang baik itu datangnya drpd Allah, manakala mimpi yang buruk pula drpd syaitan. Barangsiapa yang bermimpi sesuatu yang tidak disukainya (mimpi buruk), maka hendaklah dia meniup (menghembus) di sebelah kirinya sebanyak 3 kali dan membaca أعوذ بالله من الشيطان الرجيم agar dapat mengelak drpd perkara yang boleh memudaratkannya............................
Dan tiupan itu adalah satu hembusan tanpa meludah

Khamis, 25 Mac 2010

MASLAH KECURIAN KASUT DI MASJID


Selalu kita dapati kasut@ selipar hilang selepas solat jumaat. Mungkinkah ini satu penyelesaiannya?????????

REHAT SEKETIKA NOOOO!!!!!!!!














Kalau tension2 tu tengok la gambar2 ni. Mudah2an hilang segala stress anda.....

Rabu, 24 Mac 2010

BERAPAKAH KAKI ORANG INI?


Renungkan gambar ini & fikirkannya........

Ahad, 21 Mac 2010

ANAK MELAYU LUAR NIKAH

KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.

Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.

Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).

Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).

“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.

“Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.

Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.

“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN.

“Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod.

“Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya

Sabtu, 20 Mac 2010

KENANGAN BERSAMA 4 IHSAN 2008







Kepada pelajar-pelajar 4 Ihsan 2008 terimalah sedikit tatapan nostalgia ustaz bersama kalian dalam program masakan nasi "ukhuwwah abadan abada".

Selasa, 16 Mac 2010

PERGINYA ANAK DIDIKKU YANG BERNAMA ADHAM




1. Semalam anak2 didikku menghantar mesj bertalu2 diiringi dengan panggilan telefon untuk bagitau tentang kembalinya ke rahmatullah ADHAM BIN ABD RAHMAN. Hari ini aku pun bergegas menziarahi keluarganya di Kubur Panjang untuk mengucap takziah. Lama juga berbual dengan bapanya. Aku sampai di sana jam 1.30 tgh. Aku dibawa ke sana oleh Fawwaz Nasir. Sampai di sana ramai juga anak2 muridku menunggu. Terubat la rasa rindu kat depa.

2. Jenazah khabarnya hanya akan sampai pada malam ini diterbangkan terus dari K.Kinabalu ke Bayan Lepas. Pkl 10 dijangka tiba di B.Lepas. Aku bertolak pulang lebih kurang jam 2.30 ptg.

3. Bila dikenangkan kembali arwah memang budak yang baik walaupun seringkali didenda olehku kerana lewat ke surau. Tak apalah itu cerita lama. Tapi dia memang murid yang baik dan hormat akan gurunya. Semoga Adham berbahagia hendaknya di sana. Al-Fatihah...

4. Gambar2 di atas ku rakam di rumah Adham manakala gambar Adham ku ambil di FB Azwan.

Khamis, 11 Mac 2010

RESULT SPM 2009

1. Hari ni ternoktahlah sudah apa yang ditunggu dan diragu. Apa pun keputusan dah keluar. Tercatatlah juga sejarah apabila kali pertama student yang aku ajar gagal dalam BAT iaitu Badri. Apa nak buat memang tak dak rezeki dia kot hari ni. Apa pun Badri jangan putus asa. Cuba lagi.

2. Aku dapat tahu SMKA Kedah & Sik result depa bagus sebab tak dak yang gagal. Tapi Baling ada 2 calon gagal. Baling memang ada masalahnya yang tersendiri. Tapi Yan tak lah ada masalah sangat. Ribut2 kecil2 tu biasalah. Antara sesama guru ni pun masalah juga. Ada yang rasa dia hebat, ada yang rasa dia tersisih, ada yang mahu dihormati, dll............. Budak tetap budak. Mereka memerlukan bimbingan daripada insan yang bernama guru. Teruskanlah perjuanganmu wahai ustaz dan ustazah.

3. Tak lupa congratulation kepada SBPIKP sbb tiada yang gagal dan dapat A pula ramai. 57 orang satu jumlah yang sangat bagus. Terkenang juga semasa aku kat sana dulu. Actually seronok ngajar kat sana. Tapi nak buat mcm mana jodoh tak panjang. Nak lupakan SBPIKP tidak sama sekali, sekalipun langkahku tak lekang dek kontroversi. Tapi aku berbangga anak2 didikku dah berjaya. Aku tumpang gembira. TAHNIAH buat kalian.RIHAZ student ku yang pertama hubungiku. Tapi tak sempat cakap sbb aku ada meeting BADAR tadi. Harap2 dia cntc balik. Lepas Rihaz, HAYATI SAIDIN pula cntc. Seterusnya ASYRAF. Yang lain belum ada lagi setakat ni. Terasa sangat rindu kat SBPIKP.

Selasa, 9 Mac 2010

SI COMEL KU DAH KE SEKOLAH PASTI


Dah hampir 2 minggu si comel ni ke sekolah PASTI. dah dia nak pi aku pun hantarlah. baru 4 tahun umurnya.

SUASANA UJIAN 1 HASANAH





Gambar2 ni dirakam pada hari ni waktu subjek BM 10.15 - 11.15 pg.

SUASANA UJIAN 1 MAWADDAH




Gambar2 ini diambil ketika pelajar menjawab subjek Geografi hari isnin 8/3/2010 jam 12.35 - 1.35 tgh. Tatapilah....

Selasa, 2 Mac 2010

MESYUARAT PEMBINAAN CONTOH SOALAN PMR BARU

Hari ini bertempat di BTP, JPN Kedah telah berlangsung satu mesyuarat pembinaan contoh soalan PMR yang baru hasil dapatan daripada pegawai meja LPM iaitu Yat. Turut hadir Us Tohir, Razak, Kamarudin, Azhari, Azmi, Nik Imran, Aminudin, Laila dan Mufidah dan bos kami Us. Khairul Anuar. Mesyuarat mula hampir jam 9 dan tamat 4 ptg. Kami akan berjumpa lagi dalam bulan ni juga untuk selesaikan soalan ni. Hari ni memang tak sempat. Aku sempat juga sms kpd Najihah, Tarmizi dan Bushro Dina pasal format baru ni.

Ahad, 28 Februari 2010

FACEBOOK PRO & KONTRA

MAJLIS Ulama Indonesia pernah mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya tidak wajar.

Kritikan itu kerana Facebook kini menjadi medium penting di Indonesia, bahkan di seluruh dunia untuk orang ramai berkomunikasi di dunia maya. Sehingga rakan-rakan yang puluhan terpisah, dapat ditemui semula hanya melalui Facebook.


Selain menghubungkan silaturahim, Facebook juga menjadi alat komunikasi secara percuma tanpa mengira, jarak atau batas sempadan negara.

Namun perkembangan yang begitu cepat menyebabkan banyak pihak belum bersedia dengan kesan buruk yang muncul bersama teknologi terkini itu.

Facebook ibarat pisau yang mempunyai dua mata, selain memberi kemudahan, ia juga mempunyai keburukan jika tidak dapat dikawal, khususnya bagi golongan remaja dan murid-murid sekolah yang masih mentah serta dangkal fikirannya.

Memiliki akaun Facebook bagaikan suatu yang wajib di Indonesia dan sesiapa tidak mempunyai akaun Facebook dia akan dianggap telah ketinggalan zaman.

Di negara republik itu juga para pengendali telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan pakej langganan dan telefon bimbit yang mempunyai kemampuan mengakses Facebook pada kadar yang cukup murah.

Kebanjiran telefon bimbit dari negara China dengan ciri-ciri akses Facebook menyebabkan kanak-kanak yang masih berada di sekolah rendah telah mampu memiliki telefon bimbit sedemikian.

Dengan berjimat duit belanja sekolah untuk beberapa bulan mereka telah dapat membeli sebuah telefon bimbit sedemikian.

Selain itu mereka juga dapat mengakses Facebook di kafe siber yang berselerak di seluruh Indonesia, khususnya di kota-kota utama.

Kini Facebook menjadi masalah baru kepada ibu bapa yang tidak mengikuti perkembangan teknologi itu. Anak-anak yang masih berada di bangku sekolah rendah menjadikan Facebook untuk berkenalan dengan teman yang baru.

Baru-baru ini seorang murid perempuan sekolah rendah di Jakarta hilang dari rumah kerana mengikut teman lelaki yang dikenali melalui Facebook.

Bagaimanapun selepas dua hari hilang, murid perempuan itu ditemui oleh orang ramai dan diserahkan kepada ibu bapanya setelah kisah kehilangan murid berkenaan dihebahkan oleh sebuah stesen televisyen.

Teman lelakinya baru berusia belasan tahun, ditangkap polis, namun akhirnya dia dibebaskan kerana ibu bapa gadis berkenaan menarik kembali laporan polis, setelah mendapati anaknya selamat dan tidak diapa-apakan.

Sebelum itu seorang gadis berusia 14 tahun diculik oleh teman lelaki yang baru dikenali melalui Facebook. Setelah berjaya dikesan polis, gadis itu diselamatkan dan teman lelakinya telah diberkas dan kini didakwa di mahkamah kerana menculik.

Empat orang pelajar sebuah sekolah menengah pula dibuang sekolah kerana menulis kata-kata kesat dan mengugut guru wanita mereka di dalam Facebook.

Sebelum itu seorang lelaki berdepan dengan hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah kerana menghina rakannya di dalam Facebook.

Setiausaha Agung Suruhanjaya Nasional Perlindungan Anak Indonesia, Arist Merdeka Sirait berkata, fenomena baru itu harus diawasi oleh ibu bapa kerana ia memberi kesan yang negatif kepada anak-anak jika tidak digunakan dengan betul.

Ibu bapa katanya, tidak seharusnya melarang anak-anak daripada memiliki akaun Facebook, sebaliknya mereka perlu sama memiliki akaun berkenaan dan menjadi kawan kepada Facebook anak mereka sebagai langkah pencegahan dan kawalan daripada pengaruh yang tidak baik.

Badan bukan kerajaan itu setakat ini telah menerima 36 aduan berhubung kes anak dan remaja yang menjadi mangsa kepada Facebook sejak Januari hingga Februari tahun ini.

Untuk penculikan anak, kami mencatat ada tujuh kasus yang dilaporkan," kata Arist.

Menurut Arist, laporan tersebut menunjukkan modus operandi perdagangan anak dan mangsa rogol berpunca daripada Facebook.

Namun aspek utama yang harus diberikan perhatian oleh ibu bapa adalah masa meluangkan masa untuk anak-anak.

Kebanyakan anak-anak yang terbabit dengan gejala sosial berpunca daripada sikap ibu bapa yang gagal meluangkan masa untuk anak-anak.

Anak-anak khususnya perempuan memerlukan perhatian, pujian, kasih sayang dan pengiktirafan. Jika itu tidak diperolehi di rumah mereka akan mencarinya di luar. Cara paling mudah adalah dengan mencari kenalan melalui Facebook.

Apabila anak-anak mula mencurah perasaan melalui Facebook dan tidak lagi kepada ibu atau bapanya, ia merupakan petanda bahawa akan timbul masalah.

GENERASI AL al- BAYT DAH BERJAYA

Hari ni aku tengok rancangan Tanyalah Ustaz di TV9. Terkejut juga bila tengok ustaz hari ni. Rasa macam kenal. Rupa2nya PAK LAN (batch Boy). Alhamdulillah hari ni graduan2 al-Bayt khasnya dan Jordan amnya dah banyak yang mencipta nama di Malaysia. Aku turut berbangga. Jamiah Al al-Bayt juga pasti bangga. waktu sebegini terkenang di agin lalu akan Jamiah tempat aku & kawan2 menimba ilmu dulu. Terkenang juga nama2 penting al-Bayt parojemplo: Adnan Bakhit, Umar Shudeifat, Said Zubaidi, Abd Qadir Saadi, Abd Qadir Abu Sharifah, Miss Alicia, Miss Jaben Anjum dll. Mungkin inilah hasil yan kami dapat setelah penat berperang waktu mula2 sampai dulu.

Jumaat, 26 Februari 2010

CERAMAH MAULIDUR RASUL



Semalam surau al-Iman TLBI telahu ceramah agama sempena menganjurkan satu ceramah agama yang disampaikan oleh al-Fadhil ustaz Abd Basir b. Awang, pensyarah UiTM. Ceramah bermula jam 9.30 mlm dan berakhir jam 11 mlm. Disusuli pula selepas itu dengan jamuan bihun sup dan kuih muih.

Sebelum ceramah kami agak gayat juga sebab hujan turun agak lebat selepas maghrib. Alhamdulillah ia berhenti sebelum ceramah bermula. Sejuk rasanya semalam. Mungkin itulah sebahagian daripada rahmat Allah kepada kami kerana menganjurkan majlis ilmu ni.

Rabu, 24 Februari 2010

SALAH SIAPA ?


Jika pelajar masuk ke perpustakaan pada waktu P&P dan bersamanya guru subjek berkenaan lalu pelajar ini tidur seperti gambar di atas, siapakah yang hendak dipersalahkan? Guru @ pelajar?

Beberapa persoalan boleh ditimbulkan di sini antaranya:
- kenapa guru berkenaan tidak mengajar? 2 masa dibuang begitu saja.
- kalau masuk ke perpustakaan, kenapa tak bagi kerja kepada pelajar?
- kenapa guru berkenaan suka bawa pelajar ke perpustakaan? Sejuk? @ .....
- adakah tertunai amanah yang terpikul di bahu kita para guru seandainya situasi di
atas berlaku dan terus berlaku?

Tanyalah iman anda wahai insan yang bergelar guru....

Selasa, 23 Februari 2010

PROGRAM الكلمة العربية



Panitia B.Arab SMKAY mengorak satu langkah lagi dalam usaha memantapkan penguasaan B.Arab di kalangan para pelajar dengan memperkenalkan program di atas yang bermula kelmarin, Isnin 22/2/2010.

Sasaran utama panitia ialah kepada pelajar tingkatan 1. Mereka diwajibkan mencatat pada kertas yang dibekalkan dan meletakkan pada tanda nama yang juga diberi percuma. Sehari hanya 1 perkataan yang perlu ditulis, dibaris dan diletakkan maknanya sekali.

Bagi pelajar lain pula mereka dikehendaki mencatat di dalam buku catatan masing-masing dan akan dipantau oleh guru B.Arab masing-masing.

Program ini dilaksanakan selepas program 5 minit bersama al-quran yang dikendalikan oleh juruacara program al-quran. Program ini mendapat sokongan padu daripada pengetua dan PK 1. هيا نتعلم العربية ....

Sabtu, 20 Februari 2010

GOTONG ROYONG SURAU & KHEMAH TERBALIK

1. Pagi ni diadakan satu lagi aktiviti gotong royong bermula jam 8 pagi untuk membersih kawasan sekitar surau. Ramai yang turut serta dan jamuan pun banyak. Ada roti canai, ketayap, popia goreng, air teh o ais dan barli ais. Gotong royong tamat jam 11 pagi.

2. Lepas zohor tadi ada berita malang apabila khemah kat surau tumbang dipukul angin dan lebih malang kereta Pak Din kena sekali. Alhamdulillah semuanya dah dikemaskan jam 3.30ptg. Terima kasih para jemaah surau.

Khamis, 18 Februari 2010

LIHAT MACAMMANA BAPAK ARAB KAYA-KAYA MAKAN










Gambar ni aku ambil dari email yang dihantar oleh Awi SMAP Labu. Tengoklah sendiri...

3 gambar terakhir tu menunjukkan sisa makana yang tak habis lalu dibuanglah....