Khamis, 16 September 2010

ANAK PEREMPUAN PEMBUNUH KARAKTOR SI BAPA

1. Setiap kali ke majlis kenduri kahwin kita akan memerhatikan asam garam perilaku tuan yang empunya rumah termasuklah saudara maraku sendiri. Bermacam ragam yang ada. Ada yang menyejukkan hati tetapi tersangat banyak yang melukakan hati apabila syariat Allah ternoda pada hari tersebut dengan perkara-perkara berunsur maksiat dan lagha.

2. Hari ini aku pi makan kenduri di Sik yang dikategorikan sebagai kawasan Hulu di Kedah suatu ketika dulu. Tapi dari segi fizikalnya Sik dah mengalami transformasi infrastruktur yang hebat, namun mentaliti sebahagian anak mudanya masih lagi kehuluan apabila kenduri kahwin mereka dihiasi dengan dentuman mercun bola yang bunyinya bagaikan ledakan sebutir bom. Ini bukan pertama kali ku dengar dan ku lihat, bahkan acap kali aku bertandang ke rumah kenduri di Sik, itulah yang sering terjadi. Aduhai orang Sik!!!!!! Aku tidak akan terkejut andainya suatu hari nanti akhbar Metro akan paparkan tajuk utamanya " MERCUN BOLA MEMBUNUH SI TUA YANG SEDANG MENJAMU SELERA " lantaran si tua itu ada padanya sakit jantung.

3. Si bapa yang juga tuan yang empunya kenduri hari ini juga saudara maraku. Ku kenali dia seorang yang rajin menadah kitab ke sana ke mari, berguru dengan sheh itu & sheh ini, rajin ke masjid untuk berjemaah, orang PAS pula tu. Kekadang orang UMNO pun tak samapai macam tu. Itu yang ku kenal. Maka dengan sebab itu aku penuhi undangannya. Namun satu kejutan besar bagiku hari ini apabila anak perempuannya yang juga raja sehari pada hari ini telah menonjolkan dirinya di khalayak ramai tak tumpah seperti seorang artis yang sedang mencari publisiti murahan di hadapan kamera untuk dipampangkan di dada-dada akhbar. Malunya aku, namun aku tidak pasti sama ada si bapa dan isterinya malu dengan pakaian ala berkemban anaknya itu, ataupun mereka berbangga dapat pertontonkan pelakon utama di panggung teater kepada audien yang hadir pada hari ini. Mahu saja aku cabut ketayap yang bersemayam di atas kepala si bapa dan tudung yang melitupi maruah si ibu. Oh dunia, ingin kiamatkah kamu ???

4. Sesungguhnya saban tahun kita dihidangkan dengan pengkisahan semula roadtour nabi di dalam isra' & mi'raj. Malangnya sebahagian ketua keluarga yang bergelar suami & bapa hanya terhibur dengan ceritanya sahaja tanpa mempedulikan 'ibrahnya cerita itu. Isteri dan anak perempuan mereka masih dibiarkan tidak memelihara aurat yang merupakan maruah mereka. Memang tepatlah mutiara kata nabi tentang wanita-wanita akhir zaman ini yang bertelanjang dalam berpakaian, yang mana mereka tidak mencium bau syurga Allah 'Azza wa Jalla. Takutlah akan Allah wahai kaum wanita. Tidak tesentuhkah dirimu dengan gambaran wanita-wanita yang digantung rambut mereka di dalam neraka. Takutlah akan Allah juga wahai si suami dan bapa! Siapa tahu di saat kamu hendak melangkah masuk ke syurga nanti ,tiba-tiba kakimu ditarik oleh anak isterimu keranan kamu tidak menegur mereka di dunia dahulu tentang aurat & pakaian mereka. Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada azab api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu bata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan