Khamis, 28 Januari 2010

KURSUS SP & HSP KEPADA GURU-GURU SAR



KHAMIS, 28 JAN 2010
1. Hari ini aku menerima undangan menyampaikan taklimat dalam KURSUS PENDEDAHAN SP & HSP serta PLBS PMR kepada guru-guru SAR yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Kedah dengan kerjasama JPN Kedah. Bos aku Us. Khairul Anuar turut hadir walaupun sebentar kerana terpaksa berkejaran ke SMK Dato' Syed Omar kerana urusan rasminya. Juga pegawai-pegawai dari JAIK iaitu Us Shamsudin dan En Ismail.

2. Turut menyampaikan taklimat ialah sahabatku Us. Nik Imran & Ust. Fudhla Suria dari SMKA Kedah. Slot pertama diisi oleh Us Nik Imran iaitu SP (9.00 pg-10.00 pg). Slot kedua aku sendiri yang sampaikan iaitu HSP (10.45 pg-12.30 tgh). Ust Fudhla pula mengisi slot ketiga iaitu ULBS (2.00 ptg-4.00 ptg).

3.Aku berasa teruja kerana dapat bertemu rakan-rakan baru dari SAR. Hanya Us Azli dari SM al-Islah yang aku kenal. Sepanjang berkomunikasi dengan mereka di dalam ceramah, ku dapati mereka banyak ketinggalan maklumat tentang Bahasa Arab. Banyak juga sahabat-sahabat yang datang sedut bahan Tahbib Lughah & Explorace daripadaku. Seronok dapat bantu kawan-kawan.

4.Hari ini juga aku dapat banyak ilmu daripada Us. Azli yang membantuku membina blok ini. Dia memang seorang yang hebat dalam dunia komputer. Dlm 10 minit siap blok ini. TQ Us Azli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan