Sabtu, 18 September 2010

SOS CAP ARNAB & KICAP JENAMA LADAS

1. Selaku muslim kita wajib menjaga urusan pemakanan seharian agar hanya yang benar-benar halal sahaja yang masuk ke dalam perut kita. Al-quran telah meletakkan trademark yang jelas & menarik untuk digunakan oleh pengguna & peniaga muslim yang takutkan Allah iaitu Halalal Toyyiba. Namun apa yang menyedihkan, trademark yang indah ini telah dieksploitasi sepenuhnya oleh syarikat Ayamas daripada kumpulan KFC yang berpengkalan di USA. Kenapa syarikat milik bumiputera muslim tidak terlebih dahulu memplopori trademark ini? Adakah kerana mereka tidak membaca al-Quran @ tidak memahaminya @ tidak tahu ianya ada di dalam al-Quran @ memang tidak peka tentang halal & haram di dalam soal pemakanan.

2. Di sebelah utara ini aku dapati kebanyakan peniaga muslim menggunakan produk sos yang aku sangat benci melihatnya apatah lagi memakannya iaitu sos cap arnab yang solid dibuat oleh cina bukan muslim. Ingin ku ceritakan beberapa pengalamanku dalam usaha untuk mengelakkan peniaga muslim menggunakan produk ini. Ketika aku di SMS Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam, aku telah berjaya menegur tuan yang empunya dewan makan yang menggunakan sos & kicap yang entah apa kejadah jenamanya. Yang pasti ianya buatan cina non muslim. Ku terangkan kepadanya atas dasar tuntutan fardhu kifayah dan kewajipan kita memakan & menyediakan makanan yang bebas daripada unsur haram & syubahat. Katanya masalah utama pembekal muslim ialah mereka hanya mahukan bayaran cash apabila membuat penghantaran barang, sedangkan cina boleh bayar lambat. Cina akan kenakan bayaran lebih & ini tidaklah menjadi masalah kepada pengusaha dewan makan. Apa yang penting katanya dia akan bayar selepas dia dapat bayaran daripada pihak sekolah. Oh begitu ceritanya. Lalu dia meminta tolong daripadaku kalau-kalau ada suplier muslim yang sanggup bekalkan barang dengan bayaran tertunda. Aku pun cari dan alhamdulillah, mungkin niat untuk memastikan para pelajar makan makanan yang suci, ada suplier dari Sg. Lalang sanggup bekalkan dengan terma & syarat yang telah ditetapkan. Selesai satu masalah sampailah kontrak mereka tamat & diambil alih oleh kontraktor yang baru. Aku dapat maklumat yang kontraktor baru menggunakan produk muslim. Alhamdulillah.

3. Seterusnya aku ke salah sebuah kedai yang masyhur dengan kesedapan kari dan masak kicapnya. Apabila ku selidiki mereka gunakan sos cap yang ku benci itu iaitu cap arnab. Aku pun nasihatkan dia agar menukar produk itu. Alhamdulillah dia setuju namun hanya untuk beberapa ketika sahaja. Suatu hari aku terpandang akan adanya kembali sos cap arnab di dalam kedainya. Lalu dia pun jelaskan kepadaku yang ibunya berkata tidak sedap masakannya tanpa gunakan sos cap arnab. Astaghfirullah al-azim. Begitulah cintanya peniaga muslim akan produk yang sah-sah buatan cina bukan islam & sanggup tolak barang orang Islam kononnya tak sedap masakannya. Mereka hanya fikirkan laba dunia walaupun status halalnya diragui. Patutlah hari ini orang Islam semakin bercelaru. Mereka cuai akan perintah Allah tentang trademark HALALAN TOYYIBA. Aku kecewa sekali, tetapi sekurang-kurangnya aku dah jalankan tugasku Ya Allah.

4. Di kampungku pula suatu ketika dahulu ada sebuah kedai menjual bihun sup yang cukup terkenal walaupun tersorok di dalam hutan bakau. Memang sapa pun akan kata supnya sedap termasuk aku. Memang dia kaya ketika itu. Sup tulangnya yang bermula dari RM 2.50 semakin lama semakin mahal hinggalah dinaikkan ke RM 5.00. Bila kuseliki apa punca sedap sangat supnya barulah ku tahu puncanya ialah aji nomoto yang berkandar-kandar di humban ke dalam supnya dan penggunaan sos cap arnab. Cap arnab lagi. Hebat sangatkah sos ini. Memang sos ini ada kelainan dari segi rasanya. Entah menatang apa yang cina tu bubuh sampai orang berniaga tergila-gilakannya bagaikan orang dilamun asmara cinta berapi. Tapi hari ini kedai itu dah bagaikan hidup segan mati tak mau mungkin kerana sikap tamak tuannya & penggunaan bahan yang kurang berkat.

5. Di tamanku pula ada seorang pengusaha katering yang sedap masakannya. Aku pun suka makan. Semua sedap dan dia banyak sponser kenduri kat surau kami. Baru-baru ini aku terjumpa dia di sebuah kedai runcit tempat dia membeli barang. Isteriku ternampak dia membeli sos cap arnab & kicap jenama Ladas. Sos arnab tak perlu dihuraikan lagi, tapi kicap Ladas ini nampak macam produk muslim tapi rupa-rupanya produk orang India pula. Oh kena tipu lagi kita. Memang banyak ku lihat di kedai-kedai makan kicap ini. Kenapalah susah sangat orang Islam nak guna produk jenama al-hikmah, hikam, maju, mudim, adabi dll. Mungkin ada yang kurang sedap tapi takkan semuanya tak sedap. Mungkin juga pengusaha-pengusaha bukan muslim ini ada jampi apa-apa kot dalam sos & kicap mereka. Sama-samalah kita renung & fikirkan. Sesungguhnya setiap yang dimakan oleh anak Adam itu akan menjadi darah dagingnya dan yang lebih penting akan mempengaruhi perangainya. Lihat sahaja perangai pelajar-pelajar hari ini yang semakin mengganas. Adakah ini puncanya?...... Tepuk dadamu & tanyalah imanmu..

Jumaat, 17 September 2010

BILA USTAZAH JADI CIKGU & CIKGU JADI USTAZAH

1. Apabila aku menjejakkan kaki ke SMK Khir Johari aku dapati ramai guru wanita bertudung labuh. Lalu ku tertanya-tanya adakah mereka itu semuanya ustazah? Bila kuselidiki bilangan ustazah, tak ramai mana pun. Apabila lalu di depanku seorang guru yang bertudung labuh, aku pun bertanya kawan-kawanku, adakah dia ustazah? lalu jawab mereka, bukan. Mereka pun memberitahu cikgu tadi yang aku kata dia tu macam ustazah. Cikgu tadi berkata 'alhamdulillah'. Sejuk hati mendengar.

2. Suatu hari aku didatangi oleh seorang guru yang bertudung biasa, jarang pula tu, bermulut merah lagi. Dia memberitahuku tentang program bacaan al-quran kepada pelajar2 SMKKJ. Selepas itu aku pun bertanya kawan-kawanku, adakah itu ustazah? jawab mereka, ya. Mereka sendiri terus buat ulasan lebih kurang seperti ini : " kadang-kadang tak dapat nak bezakan antara ustazah dan cikgu ". Aku akur dengan ulasan mereka. Tahulah aku bahawa si fulan itu seorang ustazah.

3. Suatu hari ku terserempak dengan seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang dah agak lama ku kenali, kebetulan tinggal setaman denganku. Jumpanya pula kat kedai. Aku terkejut bangat apabila ku lihat dia mengenakan t-shirt ala muda mudi kini dan seluar yang tidak longgar. Aduh terhiris rasanya hati ini. Sebelum ni jumpa dia berpakaian baju kurung macam ustazah lain pakai juga. Aduh rupanya sebahagian ustazah hari ini diselubungi penyakit hipokrit @ nifaq. Di depan lain, belakangnya pula lain. Aku tertanya sendirian, bagaimanakah mereka mengajar anak murid mereka tentang akhlak & hukum? Rasanya tidak keterlaluan kot kalau aku katakan di sini bahawa salah satu punca tidak masuknya ilmu di dalam jiwa para pelajar kerana tidak tulusnya jiwa seorang pendidik seperti situasi yang ku paparkan di atas. Oh ustaz & ustazah, muhasabahlah kamu sebelum Allah menghisab amalanmu.

4. Baru-baru ni aku berbual dengan rakanku, Us Rosli SMKAY. Kami berbual tentang masalah ketidak menjadian pelajar-pelajar SABK. Katanya Us Sazali, pengetua SABK Fauzi ada berkata kepadanya bahawa ustaz ustazah hari apabila datang ke pejabat, mereka lebih gemar berbicara soal DG mereka daripada bertanya apa yang mereka boleh sumbangkan kepada pelajar. Oh begitu rupanya. Sedih & amat menyedihkan. Ku yakin di SABK lain pun keadaannya sama juga. Dulu waktu mereka susah, keikhlasanlah yang terpancar di wajah masing-masing. Namun setelah senang, mereka lebih gemar berbicara tentang kereta, rumah dll. Apa la nak jadi dengan sekolah agama hari ni. Banyak ku kenali watak & perwatakan pelajar-pelajar sekolah SABK setelah aku berceramah di sekolah mereka. Sebahagian guru tidak menunjukkan minat untuk menambah ilmu & kemahiran dalam P&P. Mereka hanya tahu menyalak kepada pelajar setiap kali merosotnya keputusan peperiksaan. Sesungguhnya pelajar SABK masih mempunyai cahaya walaupun dicelah-celah kegelapan berbanding pelajar-pelajar sekolah menengah harian. Oh ustaz & ustazah, sedarlah di mana tempat dudukmu sekarang.....

Khamis, 16 September 2010

ANAK PEREMPUAN PEMBUNUH KARAKTOR SI BAPA

1. Setiap kali ke majlis kenduri kahwin kita akan memerhatikan asam garam perilaku tuan yang empunya rumah termasuklah saudara maraku sendiri. Bermacam ragam yang ada. Ada yang menyejukkan hati tetapi tersangat banyak yang melukakan hati apabila syariat Allah ternoda pada hari tersebut dengan perkara-perkara berunsur maksiat dan lagha.

2. Hari ini aku pi makan kenduri di Sik yang dikategorikan sebagai kawasan Hulu di Kedah suatu ketika dulu. Tapi dari segi fizikalnya Sik dah mengalami transformasi infrastruktur yang hebat, namun mentaliti sebahagian anak mudanya masih lagi kehuluan apabila kenduri kahwin mereka dihiasi dengan dentuman mercun bola yang bunyinya bagaikan ledakan sebutir bom. Ini bukan pertama kali ku dengar dan ku lihat, bahkan acap kali aku bertandang ke rumah kenduri di Sik, itulah yang sering terjadi. Aduhai orang Sik!!!!!! Aku tidak akan terkejut andainya suatu hari nanti akhbar Metro akan paparkan tajuk utamanya " MERCUN BOLA MEMBUNUH SI TUA YANG SEDANG MENJAMU SELERA " lantaran si tua itu ada padanya sakit jantung.

3. Si bapa yang juga tuan yang empunya kenduri hari ini juga saudara maraku. Ku kenali dia seorang yang rajin menadah kitab ke sana ke mari, berguru dengan sheh itu & sheh ini, rajin ke masjid untuk berjemaah, orang PAS pula tu. Kekadang orang UMNO pun tak samapai macam tu. Itu yang ku kenal. Maka dengan sebab itu aku penuhi undangannya. Namun satu kejutan besar bagiku hari ini apabila anak perempuannya yang juga raja sehari pada hari ini telah menonjolkan dirinya di khalayak ramai tak tumpah seperti seorang artis yang sedang mencari publisiti murahan di hadapan kamera untuk dipampangkan di dada-dada akhbar. Malunya aku, namun aku tidak pasti sama ada si bapa dan isterinya malu dengan pakaian ala berkemban anaknya itu, ataupun mereka berbangga dapat pertontonkan pelakon utama di panggung teater kepada audien yang hadir pada hari ini. Mahu saja aku cabut ketayap yang bersemayam di atas kepala si bapa dan tudung yang melitupi maruah si ibu. Oh dunia, ingin kiamatkah kamu ???

4. Sesungguhnya saban tahun kita dihidangkan dengan pengkisahan semula roadtour nabi di dalam isra' & mi'raj. Malangnya sebahagian ketua keluarga yang bergelar suami & bapa hanya terhibur dengan ceritanya sahaja tanpa mempedulikan 'ibrahnya cerita itu. Isteri dan anak perempuan mereka masih dibiarkan tidak memelihara aurat yang merupakan maruah mereka. Memang tepatlah mutiara kata nabi tentang wanita-wanita akhir zaman ini yang bertelanjang dalam berpakaian, yang mana mereka tidak mencium bau syurga Allah 'Azza wa Jalla. Takutlah akan Allah wahai kaum wanita. Tidak tesentuhkah dirimu dengan gambaran wanita-wanita yang digantung rambut mereka di dalam neraka. Takutlah akan Allah juga wahai si suami dan bapa! Siapa tahu di saat kamu hendak melangkah masuk ke syurga nanti ,tiba-tiba kakimu ditarik oleh anak isterimu keranan kamu tidak menegur mereka di dunia dahulu tentang aurat & pakaian mereka. Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada azab api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu bata.

Rabu, 8 September 2010

RAMADHAN & SYAWAL

1. Dah lama benar aku tak menulis kat blog ni. Sibuk satu bab dan malas satu bab. Sibuk kerana aku tengah pulun nak siapkan buku Zad al Imtiyaz tg 2 sebelum mula menulis utk tingkatan 3. Aku amat berharap buku ini dapat dicetak sebelum masuk tahun baru 2011. Ya Allah kuatkanlah semangatku dan berikanlah ilham dan idea2 baru untuk aku mantapkan lagi persembahan dalam bukuku. Ini buku pertama yang kutulis secara solo. 2 buku lagi akan berada di pasaran juga adalah tulisan bersama2 sahabat2ku yang ringan tangan mereka menggerakkan pena dengan tinta2 emas mereka. Sesungguhnya ilmu Allah itu amat luas apabila kita mula mengkajinya...

2. Ramadhan kali ini adalah tahun kedua aku di rumah baruku di Taman Lembah Bujang Indah. Seronok tahun ini kami dapat tunaikan terawih di surau kami Surau al-Iman. Alhamdulillah sambutannya amat menggalakkan. Penuh surau setiap malam yang diceriakan lagi dengan jamuan moreh saban malam dan sekali sekala jamuan Iftar Jamaie. Insyaalah kami akan tunaikan solat Eidulfitri untuk pertama kalinya di surau yang kami cintai ini dengan didahulukan pada malam rayanya dengan program takbir dan jamuan sate.

3. Ramadhan kali ini juga agak menyedihkan sedikit kerana isteriku 2 kali terpaksa bermalam di wad Hospital Sultan Abdul Halim. Terpahat juga kenangan aku bawa anak2 berbuka di wad hospital. Nasib baik misi2 tu tak hambat kami. Tak apalah inikan dugaan namanya. Tapi alhamdulillah isteriku dah kembali sihat walafiat.

4. Tahun ni kami hanya berbuka 2 kali di rumah ibuku, sekali di rumah mertuaku, sekali kat rumah Lia, 3 kali kat surau, sekali kat kedai dan selebihnya kat rumah aje. maklumlah tahun ni aku bayak kena jadi imam terawih kat surau, jadi kena lebih masa kat rumah sebab kena prepare tazkirah lagi yang kami buat tiap2 malam selepas terawih.

5. Syawal tahun ni serba sederhana buat kami sekeluarga kerana isteriku pun kurang sihat. So ala kadar ajalah. Aku menunggu ketibaan anak2 muridku yang sedang plan nak mai raya kat rumahku tahun ni. Inilah kelebihan menjadi seorang guru kerana dia akan kaya dengan ANAK MURIDNYA. Ahlan wasahlan buat kalian.